Tak Berjaya Posting Sekolah Lain? Ini 3 Prinsip Kelulusan Pertukaran Guru

923

Dah semak eGTukar dah! Tapi sedih betul sebab jawapan yang diterima tetap sama!

Terpaksalah berjauhan lagi dengan anak, isteri/suami setahun lagi kerana tak dapat posting seperti yang dipohon.

Mengapa tak dapat posting lagi? Ini kerana terdapat 3 prinsip kelulusan pertukaran Guru yang anda tahu.

SURAT PEKELILING IKHTISAS

Untuk pengetahuan anda, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7 Tahun 2021 dan Garis Panduan Permohonan Pertukaran Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Di Sekolah dan Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia.

Maka dengan ini, Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) sebelum ini terbatal setelah SPI yang terbaru telah dikeluarkan dan SPI terdahulu ialah:

  • Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/75: Panduan Bagi Pertukaran Guru-Guru [9 Mei 1975]
  • Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/1978: Tarikh Bagi Pertukaran Guru-Guru [21 Mac 1978]

Rujuk: Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7 Tahun 2021

TARIKH KUATKUASA SPI

Untuk pengetahuan cikgu-cikgu semua, Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) telah berkuatkuasa mulai:

  • 1 Januari 2022

3 PRINSIP ASAS PERTUKARAN

Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) yang terkini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menggariskan 3 prinsip asas pertukaran iaitu:

1. Kekosongan Jawatan

  • Kelulusan permohonan pertukaran adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan di negeri atau daerah yang dimohon.

2. Keperluan Opsyen

  • Kelulusan permohonan pertukaran adalah tertakluk kepada opsyen di negeri atau daerah yang dimohon.

3. Kepentingan dan Keperluan Perkhidmatan

  • Kelulusan permohonan pertukaran adalah mengambil kira kepakaran dan keperluan di sekolah atau kolej vokasional, khususnya bagi PPP yang mata pelajaran khusus atau mata pelajaran yang memerlukan kelayakan khas.

4 KATEGORI PERTUKARAN ATAS PERMOHONAN PEGAWAI

Terdapat 4 kategori pertukaran atas permohonan pegawai/cikgu iaitu:

1. Kesihatan

  • PPP/Suami/Isteri/Anak menghidap penyakit memerlukan rawatan perubatan berterusan dan bergantung kepada ubat-ubatan.
  • Permohonan pertukaran perlu disokong dengan laporan perubatan dan disahkan oleh pakar perubatan hospital kerajaan.
  • Tempoh sah laporan perubatan tersebut adalah tidak melebihi 2 tahun dari tarikh laporan perubatan dikeluarkan.

2. Keselamatan

  • PPP/Suami/Isteri/Anak menerima ancaman keselamatan.
  • Permohonan pertukaran perlu disokong dengan laporan polis dan Pemberitahuan Penyiasatan Kes Polis Diraja Malaysia.
  • Tempoh sah laporan tersebut adalah tidak melebihi 1 tahun dari tarikh Pemberitahuan Penyiasatan Kes dikeluarkan.

3. Pasangan Suami/Isteri Berjauhan

  • Permohonan pertukaran untuk mengikuti Suami/Isteri atas arahan perhidmatan perlu disokong dengan surat rasmi Arahan Pertukaran daripada majikan Suami/Isteri.
  • Permohonan pertukaran untuk mengikut suami/isteri di negeri atau daerah yang dimohon perlu disokong dengan dokumen sokongan keberadaan suami/isteri di ngeri atau daerah yang dimohon.

4. Lain-Lain

  • PPP boleh memohon pertukaran di bawah kategori sekiranya permohonan PPP tidak tergolong dalam kes permohonan kategori 1 hingga 3.
  • Sebagai contoh, permoohonan pertukaran secara bersama oleh PPP dan Suami/Isteri yang tinggal bersama atau tinggal berasingan ke negeri atau daerah yang dimohon.

Ini bermakna, setiap guru yang ingin membuat pertukaran mestilah mempunyai sebab dan alasan yang kukuh seperti yang telah digariskan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7 Tahun 2021.

SEMAKAN EGTUKAR

Untuk pengetahuan semua juga, para guru yang membuat permohonan pertukaran melalui eGTukar boleh membuat semakan permohonan mulai 6 Disember 2021.

Bagi yang belum membuat semakan, anda boleh membuat semakan seperti berikut:

  • Pertukaran Antara Bahagian/Antara Negeri: 6 Disember 2021
  • Pertukaran Antara Daerah dan Dalam Daerah: 13 Disember 2021
  • Keputusan Penempatan Antara Bahagian/Antara Negeri: 13 Disember 2021

Klik pautan berikut untuk membuat semakan anda:

Tak Berjaya Posting Sekolah Lain? Ini 3 Prinsip Kelulusan Pertukaran Guru

  • Masukkan Id Pengguna, Kata Laluan dan Nombor Kad Pengenalan anda.
  • Klik Daftar Masuk dan keputusan permohonan akan dipaparkan.

Tahniah pada guru yang berjaya dalam permohonan pertukaran dan selamat bertugas ditempat baharu! Bagi yang belum diluluskan, cuba lagi pada masa akan datang dan semoga ianya dipermudahkan.

Bagi anda yang berminat untuk bekerja dalam bidang pendidikan, digalakkan untk membuat permohonan melalui laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dan klik sini untuk mengisi permohonan anda.

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.