5 Soalan Popular Interview Lepasan SPM & Setaraf Serta Contoh Jawapan Untuk Anda! Senang Je Nak Jawab

1,110

Pencari kerja yang tidak mempunyai sebarang sijil persekolahan dan lepasan SPM pastinya ingin tahu apakah soalan-soalan popular yang sering ditanya oleh penemuduga.

Kalau anda nak tahu, soalan yang sering ditanya sebenarnya sangat senang untuk dijawab. Tapi jangan risau, setiap soalan yang dikongsikan disini, akan diberikan contoh jawapan untuk rujukan anda.

Apa pun yang anda hadapi semasa temuduga, tenang sahaja ya!

5 CONTOH SOALAN TEMUDUGA KERJA LEPASAN SPM & SETARAF

Lepasan SPM, setaraf dan tidak mempunyai sebarang sijil boleh dapatan 5 contoh soalan temuduga kerja dan contoh jawapan untuk rujukan anda.

1. Awak nak kerja disini sepenuh masa atau part time sahaja?

  • Bagi anda yang ingin bekerja sepenuh masa, anda boleh menjawab soalan ini seperti berikut. “Saya ingin bekerja sepenuh masa untuk mendapatkan pengalaman serta ilmu baharu di syarikat tuan. Malah, saya sangat berminat untuk bekerja sebagai_______ kerana telah lama ingin menjawat jawatan ini seperti yang saya inginkan.”
  • Jika ingin nekerja sekejap atau secara part time, anda boleh jawab seperti berikut,”Untuk pengetahuan tuan, saya ingin bekerja secara part time dan jika diberi peluang, saya akan bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk dapatkan segala pengalaman, kemahiran dan ilmu dalam bidang pekerjaan ini.”

2. Awak ada kenderaan sendiri atau tidak?

  • Jika ada kenderaan sendiri, anda boleh menjawab soalan ini seperti berikut,”Ya tuan, saya mempunyai kenderaan sendiri untuk datang ke tempat kerja lebih awal 10 sebelum memulakan pekerjaan. Saya juga akan berusaha untuk hadir awal untuk bekerja agar segala proses kerja saya berjalan dengan lancar.”
  • Jika tiada, anda jawab seperti berikut, “Maaf tuan, saya tidak mempunyai sebarang kenderaan sendiri dan sudah biasa menggunakan pengangkutan awam. Saya akan menggunakan pengangkutan awam yang paling awal untuk hadir ke tempat kerja.”

3. Ada pengalaman kerja?

  • Jika ada,”Ya tuan. Saya mempunyai beberapa pengalaman kerja seperti___________________. Sebelum ini saya bekerja secara part time di_________________ sebagai______________________ selama _______________. Diharap pengalaman yang saya ada ini dapat membantu saya meningkatkan jualan syarikat tuan seperti sebelum-sebelum ini.”
  • Kalau anda tidak mempunyai pengalaman kerja, anda boleh menjawab seperti berikut, “Saya tidak mempunyai sebarang pengalaman kerja sebelum ini. Saya baru menamatkan pelajaran dan saya merupakan seorang pelajar yang sangat cepat belajar perkara-perkara yang baharu. Saya juga seorang yang boleh berdikari dan boleh bekerja tanpa pemantauan yang terlalu kerap.”

4. Berapa gaji yang awak harapkan dengan kelulusan awak?

  • Anda boleh menjawab seperti berikut, “Mengikut kelulusan saya dan pengalaman yang saya ada, saya ingin mendapatkan gaji seperti yang tuan tawarkan melalui iklan pekerjaan sebelum ini.”

5. Nak kerja sekejap atau lama?

  • Kebanyakan majikan mahukan pekerja yang ingin bekerja lama di syarikat mereka.
  • Jawapan bagi soalan ini ialah, “Saya ingin bekerja lebih lama disini berdasarkan pengalaman dan kemahiran yang saya ada. Saya juga ingin bersama-sama berjaya dengan syarikat ini seterusnya menjadi seorang pekerja yang mahir dalam bidang pekerjaan ini.”

Jadi, tak susahkan nak jawab soalan-soalan yang popular ditanya oleh bakal majikan di mana-mana syarikat kepada lepasan SPM, setaraf dan tiada sijil, kan?

Jangan pula jawab tak tahu je sepanjang interview nanti. Risau pula nanti satu kerja pun anda tak dapat nanti!

5 PERKATAAN YANG DILARANG SEBUT SEMASA INTERVIEW

Nak tahu tak, ada 5 perkataan yang anda dilarang untuk menyebutnya ketika interview? Kemungkinan ia menyebabkan anda gagal dalam interview nanti tau! Apakah 5 perkataan tersebut?

  1. Taksub/Obsesif
  2. Disenangi/Likeable
  3. Berjaya
  4. Sangat Bijak/Intelligent
  5. Rendah Hati/Humble

Mengapa tak boleh? Habis tu nak gantikan dengan apa? Anda boleh klik sini dan dapatkan jawapannya mengapa tak boleh sebut dan perkataan apa yang sesuai untuk menggantikannya.

5 Soalan Popular Interview Lepasan SPM & Setaraf Serta Contoh Jawapan Untuk Anda! Senang Je Nak Jawab
Kalau dah tahu tu, jangan lupa share dengan kawan-kawan yang lain tau! Semoga anda lulus dalam temuduga dan berjaya menjawat jawatan yang diidamkan.

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.