Apakah Petanda Anak Anda Mempunyai Disleksia, Check Di Sini

0 697

Tahukah anda apa itu Disleksia?

Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Disleksia  berlaku disebabkan oleh kerosakan pada kebolehan otak untuk menterjemahkan imej tulisan kepada kefahaman. Ia juga dipanggil sebagai sindrom lambat membaca di kalangan kanak-kanak.

Kanak-kanak yang berumur tiga hingga lima tahun akan cenderung menunjukkan tanda-tanda awal disleksia sebelum mereka mula membaca. Ibu bapa boleh membuat semakan di bawah sekiranya anak-anak mereka mempunyai tanda-tanda disleksia.

Apakah Tanda-Tanda Disleksia?

Berikut adalah beberapa tanda yang perlu anda kenal pasti mengenai Disleksia ini?

1. Anak Lambat Bercakap

Anak yang mengalami Disleksia akan menunjukkan mereka sedikit berbeza dengan kanak-kanak lain. Mereka tidak suka menyanyi dan bercakap. Hal ini kerana mereka mengalami kesukaran sebutan atau rima.

Perkataan yang mempunyai rima yang sama seperti ‘lipan’, ‘papan’ dan ‘lapan’ akan menjadi sukar dan memberi tekanan kepada kanak-kanak Disleksia untuk mengenal pasti.

2. Kerap Tersasul

Kanak-kanak ini akan tersasul atau salah menyebut perkataan dan menterjemahkan apa yang anda cuba sampaikan. Sebagai contoh, ‘kelapa’ dan ‘kepala’. Disleksia mempengaruhi cara otak kanak-kanak untuk memproses bahasa.

Namun, jika anda meminta kanak-kanak ini untuk memberukan sesuatu barang seperti sudu, mereka akan memberikan sudu. Hal ini kerana mereka hanya mengalami masalah terhadap pelajaran.

Mereka juga mengalami untuk menyebut suku kata yang panjang seperti ‘hospital’, ‘helikopter’, dan ‘universiti’.

3. Kesukaran Memanggil Sesuatu Dengan Betul Dan Baik

Kanak-kanak yang disyaki mempunyai disleksia akan mengalami kesukaran untuk menyebut perkataan dengan betul sebagai contoh ‘almari’ menjadi ‘lamari’. Maka, pengusaan bahasa kanak-kanak yang mengalami Disleksia akan ketinggalan dan menyebabkan mereka kurang bercakap.

4. Sukar Menguasai Tugasan Sekolah

Kanak-kanak yang mempunyai Disleksia akan gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira.

Mereka lebih cenderung untuk mengelak dari membaca di kelas. Berasa mudah penat kerana terpaksa menggunakan konsentrasi dan tenaga yang tinggi tetapi masih sukar memahami sesuatu perkara melalui teks.

5. Sukar Mencari Arah

Menghadapi kesukaran untuk memahami arahan seperti atas, bawah, dalam, luar, depan dan belakang.

6. Cara Pegang Pensil Dengan Pelik

Mengalami kesukaran menulis dengan baik, ada yang memegang pensel terlalu kuat dan ada yang terpaksa melihat hujung pensel terlalu dekat.

Selain tulisan yang agak buruk, anak disleksia mungkin tidak cekap dari segi kemahiran motorik. Contohnya, mengasingkan warna, bentuk, memasukkan objek mengikut ruangnya, bermain ‘puzzle’, mengikat tali kasut dan menendang bola.

Keistimewaan mempunyai Disleksia

Ibu bapa yang mempunyai anak mengalami Disleksia juga mempunyai keistimewaan dan boleh berjaya. Untuk makluman ibu bapa,  antara orang ternama yang juga mengalami Disleksia termasuklah seperti ahli politik Lee Kuan Yew, pelakon Whoopi Goldberg, artis Leonardo da Vinci dan saintis Albert Einstein.

Kanak-kanak ini berbakat dalam bidang artistik dan seni. Lebih berminat dengan aktiviti yang menggunakan tangan, dan biasanya mempunyai IQ yang tinggi.

Mempunyai daya imaginasi yang tinggi, kreatif dan mampu berfikir dari pelbagai sudut.Lebih mudah memahami melalui gambar, lukisan, atau lisan berbanding teks.

Sekiranya ibu bapa melihat ciri-ciri yang meragukan pada anak-anak anda seperti di atas, ibu bapa dinasihatkan untuk membuat pengesanan awal supaya langkah awal untuk membantu membantu kanak-kanak ini dapat dilakukan.

Untuk makluman ibu bapa, terdapat Persatuan Disleksia Malaysia yang berpusat di Kuala Lumpur untuk membantu kanak-kanak Disleksia di Malaysia.

Sekiranya ibu bapa ingin mengetahui dengan lebih lanjut, ibu bapa boleh menyemak di laman web rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia atau boleh melayari laman web www.dyslexiamalaysia.org.my dan menghubungi mana-mana pusat Persatuan Disleksia Malaysia yang berhampiran untuk keterangan lanjut.

Leave A Reply

Your email address will not be published.