B50 Dah Boleh Mohon Program Pengurusan & Ketahanan Kewangan (URUS)

720

Melalui 15 November 2021 ini, golongan B50 yang layak sudah boleh membuat permohonan Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS).

Permohonan URUS B50 adalah secara online sahaja dan mengikut syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

Sebelum itu, dapatkan syarat kelayakan bantuan URUS B50 terlebih dahulu dan seterusnya buat permohonan sekiranya anda layak.

APA ITU URUS B50?

URUS merupakan program sokongan bantuan bayaran balik pinjaman yang komprehensif dan akan ditawarkan kepada pelanggan B50 yang terjejas.

Selain itu, ia turut merangkumi peminjam yang berada dalam kategori isi rumah B40, iaitu mereka yang berpendapatan kasar (gross household income) kurang dari RM5,880 sebulan.

Antara kemudahan yang ditawarkan ialah pengecualian faedah untuk tiga bulan, pengurangan bayaran ansuran untuk tempoh sehingga 24 bulan, termasuk pengurangan kadar faedah.

“Dalam tempoh ini, pelanggan dengan pinjaman atau pembiayaan dan kad kredit peribadi tanpa jaminan juga boleh mendapat manfaat daripada kadar faedah yang dikurangkan bagi membantu meringankan beban kewangan mereka.”

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

TARIKH PERMOHONAN URUS B50

Individu B50 boleh membuat permohonan Bantuan URUS B50 mulai:

  • 15 November 2021 hingga 31 Januari 2022

BANTUAN DI BAWAH URUS B50

Antara bantuan yang ditawarkan kepada individu B50 adalah seperti berikut:

  • Anda akan menerima Pelan Kewangan Mengikut Individu (Personalised Financial Plan, PFP) yang menetapkan jumlah ansuran bulanan dan jadual bayaran balik pinjaman untuk tempoh sehingga 24 bulan.
  • Pengecualian faedah selama 3 bulan.
  • Penangguhan bayaran dan pilihan lain, termasuk pengurangan bayaran ansuran, bagi membantu anda menguruskan keseluruhan hutang berdasarkan kemampuan anda.
  • Sokongan pembangunan, pendidikan dan khidmat nasihat bagi membantu anda menguruskan kewangan supaya menjadi lebih berdaya tahan dari segi kewangan.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN URUS B50

Syarat kelayakan Bantuan Urus B50 adalah seperti berikut:

  • Sudahpun berada di bawah program bayaran balik pinjaman sedia ada (Bayaran Balik Pinjaman Bersasar, PEMERKASA Plus, PEMULIH, program penjadualan / penstrukturan semula yang ditawarkan oleh sesebuah bank dan lain-lain)
  • Mempunyai pendapatan isi rumah kasar sehingga RM5,880 (B40 dan ke bawah).
  • Mempunyai pinjaman pembiayaan yang tidak tertunggak melebihi 90 hari pada tarikh permohonan dibuat.
  • Mengalami
    a) Kehilangan pekerjaan; atau
    b) Pengurangan pendapatan sekurang-kurangnya 50%

CARA MOHON BANTUAN URUS B50

Jika anda menepati syarat yang ditetapkan dan ingin membuat permohonan Bantuan URUS B50, berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda lakukan:

  • Hubungi bank-bank yang berkaitan melalui laman web bank, telefon atau hadir terus ke cawangan bank yang berdekatan dengan anda.

B50 Dah Boleh Mohon Program Pengurusan & Ketahanan Kewangan (URUS)

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan Bantuan URUS B50 di laman web berikut:

SUMBER

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.