Penjawat Awam Digalakkan Pakai Baju Batik Hari Khamis, Majlis Rasmi Dalam & Luar Negara

857

Pada 1 Disember yang lepas, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengeluarkan pekeliling perkhidmatan berhubung dasar pemakaian pakaian batik Malaysia bagi pegawai perkhidmatan awam Persekutuan.

Maknanya selepas ini, semua pegawai perkhidmatan awam Persekutuan digalakkan memakai baju batik pada setiap hari Khamis seperti yang telah termaktub dalam pekeliling yang dikeluarkan oleh JPA.

Jangan lupa nanti baca dahulu pekeliling perkhidmatan berhubung dasar pemakaian batik Malaysia yang dikongsikan disini.

HARI BATIK MALAYSIA

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga telah mengisytiharkan bahawa Hari Batik Malaysia jatuh pada tarikh berikut:

  • 3 Disember 2021

Hari Batik Malaysia akan disambut pada setiap hari Khamis setiap tahun.

“Dengan berkuatkuasanya Surat Pekeliling Perkhidmatan ini, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2008 mengenai Pemakaian Pakaian Batik Malaysia oleh Pegawai Awam Pada Hari Khamis adalah dibatalkan.”

BATIK DI PAKAI SEMASA MAJLIS RASMI

Menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd. Khairul Adib Abd. Rahman, pegawai perkhidmatan awam juga digalakkan untuk memakai pakaian batik Malaysia semasa:

  • Hadir majlis rasmi dalam dan luar negara seperti persidangan antarabangsa
  • Perjumpaan dengan pelawat asing

Namun, ketetapan pakaian batik Malaysia itu tidak terpakai kepada pegawai yang:

  • Dibekalkan dengan pakaian seragam
  • Menghadiri majlis rasmi yang ditetapkan kod pakaian tertentu

“Ketetapan baharu ini meminda kehendak pemakaian pakaian batik Malaysia menurut perenggan 4, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2006 mengenai Fesyen Pakaian Alternatif Sebagai Pakaian Semasa Bekerja dan Menghadiri Upacara Rasmi.”

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd. Khairul Adib Abd. Rahman

Bagi menyokong pembangunan dan memartabatkan batik Malaysia, kerajaan menghendaki agar pegawai memakai pakaian batik Malaysia mengikut ketetapan tertentu sejak tahun 1985.
Pemakaian pakaian batik Malaysia dalam kalangan pegawai perlu diberi perhatian bagi memastikan batik yang dipakai merupakan batik Malaysia
Penjawat Awam Wajib Pakai Baju Batik Hari Khamis, Majlis Rasmi Dalam & Luar Negara

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2021 PEMAKAIAN PAKAIAN BATIK MALAYSIA BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN

Penjawat Awam Wajib Pakai Baju Batik Hari Khamis, Majlis Rasmi Dalam & Luar Negara

SUMBER

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.