Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2022 Dinaikkan Sehingga RM150. Syarat Kelayakan Masih Sama!

5,322

Kebiasannya setiap awal tahun Kementerian Pendidikan Malaysia akanmemberikan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada semua murid bermula dari Tahun 1 sehingga Tingkatan 5 bagi sekolah kerajaan.

Namun, terdapat beberapa kriteria yang perlu diikuti untuk melayakkan para murid ini untuk menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dan kadar bantuan yang diberikan dinaikkan sebanyak RM150 kepada setiap murid menerusi Bajet 2022.

Ingin tahu syarat / kriteria kelayakan serta maklumat mengenai Bantuan Awal Persekolahan (BAP) KPM? Teruskan membaca perkongsian ini dan dapatkan maklumat dengan lebih terperinci disini.

TUJUAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) KPM

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.

Bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah.

KADAR BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) KPM

Kdar bantuan yang akan diberikan kepada setiap murid ialah:

  • Sebanyak RM150.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off).

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2022 Dinaikkan Sehingga RM150. Syarat Kelayakan Masih Sama!

KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) KPM

Berikut adalah kriteria kelayakan Bantuan Awal Persekolah (BAP) KPM ialah:

  • Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia).
  • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa. Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja. Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan.
  • Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) KPM

Antara syarat kelayakan untuk Bantuan Awal Persekolahan (BAP) KPM ialah:

  • Murid mestilah seorang warganegara Malaysia (sijil lahir atau Mykad/MyKid).
  • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya.
  • Murid berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000 dan ke bawah pada tahun semasa.
  • Murid mestilah bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK).

CARA MEMBUAT PERMOHONAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) KPM

Ibu bapa/penjaga atau murid tidak perlu membuat permohonan kerana pihak sekolah yang akan mengeluarkan senarai nama murid yang layak untuk menerima bantuan ini seperti yang dinyatakan seperti berikut:

  • Murid yang layak akan menerima Borang Permohonan Bantuan – Borang PB1 dan memberikannya kepada ibubapa / penjaga.

Murid Tahun 1 Hingga Tingkatan 5 Terima RM100 Bantuan Awal Persekolahan (BAP) KPM

  • Ibubapa/penjaga hendaklah melengkapkan borang permohonan tadi dan menyediakan dokumen-dokumen (perlu disahkan) diperlukan seperti sijil lahir murid, bukti pendapatan bulanan dan lain-lain lagi sebelum menghantarnya kepada pihak sekolah.
  • Wang bantuan RM100 akan diberikan secara tunai dan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima.

Sebagai rujukan dan maklumat seterusnya, sila rujuk garis panduan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) ini.

KAEDAH PENYALURAN KELAYAKAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) KPM

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) KPM akan disalurkan secara berperingkat terus ke:

  • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah.
  • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK.
Nota: Sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Awal Persekolahan (BAP) KPM RM100 ini,sila rujuk guru kelas sekolah anak-anak anda masing-masing.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Untuk maklumat lanjut mengenai BAP 2022, sila layari portal rasmi Kementerian Pendidikan di:
  • https://www.moe.gov.my untuk kemaskini semasa dan pertanyaan juga boleh dibuat kepada pihak sekolah anak anda.

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.