5 Tips Owner Bisnes Nak Beli Rumah. Boleh, Siapa Kata Tak Boleh Beli Rumah Guna SSM

704

Banyak yang cakap bila jadi owner bisnes sendiri susah nak beli rumah kerana bank banyak karenah!

Sebenarnya boleh je owner bisnes nak beli rumah idaman cuma sediakan sahaja beberapa dokumen yang bank atau syarikat peminjam perlukan.

Kalau dokumen tak lengkap, siapa nak percaya pada anda walaupuan anda kerja dengan kerajaan kan?

TIPS OWNER BISNES BELI RUMAH

Pada semua peniaga yang nak beli rumah, anda boleh ikuti tips yang dikongsikan ini dan jangan lupa buat kalau betul-betul nak miliki rumah idaman anda tu!

Jangan salahkan pihak bank atau syarikat peminjam kalau anda sendiri yang gagal sediakan semua dokumen yang diperlukan.

Antara tips yang dikongsikan untuk owner bisnes beli rumah kediaman sendiri ialah:

1. SSM

  • Ini adalah dokumen yang sangat penting kalau anda nak beli rumah, kenderaan dan lain-lain.
  • Oleh itu, buat daftar niaga SSM anda terlebih dahulu kerana ia wajib ada untuk semua peniaga. Buat bisnes kalau tak ada SSM bukan je rugi, malah salah pula tu.
  • Jangan lupa buat cop perniagaan anda.

2. Akaun Bank

  • Bila dah ada SSM, semua duit yang masuk bukan masuk ke akaun peribadi ya!
  • Pergi ke bank yang berdekatan dan buka akaun semasa atas nama daftar niaga SSM anda
  • Kemudian masukkan wang niaga anda ke dalam akaun semasa ini.
  • Duit gaji anda pula, masukkan ke akaun peribadi anda ya. Jangan campur adukkan dengan akaun bisnes anda pula.

3. Laporan Kewangan

  • Seterusnya, sediakan laporan kewangan perniagaan.
  • Buka fail cukai pendapatan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri.
  • Semak dahulu nombor kad pengenalan anda sama ada sudah berdaftar atau belum di link berikut: http://edaftar.hasil.gov.my/semaknocukai/index.php

5 Tips Owner Bisnes Nak Beli Rumah. Boleh, Siapa Kata Tak Boleh Beli Rumah Guna SSM

  • Jika sudah berdaftar, anda tak perlu pergi ke LHDN ya.
  • Sediakan slip pengesahan penerimaan e-B bagi tahun taksiran dan bukti pembayaran jika menggunakan e-filing.

4. Jaga Dokumen Bisnes

  • Bila berniaga kena pastikan semua rekod niaga di buat dan di jaga dengan kemas. Berapa jumlah jualan harian anda?Berapa pula jumlah kos belanja?
  • Semua ni kena ada rekod dan dokumen. Jangan ambil ringan hal paling mustahak ni. Rujuk akauntan atau siapa-siapa yg mahir dalam menguruskan simpankira akaun niaga.
  • Resit aliran tunai, laporan untung/rugi wajib dibuat dan wajib ada ya!

5. CCRIS

5 Tips Owner Bisnes Nak Beli Rumah. Boleh, Siapa Kata Tak Boleh Beli Rumah Guna SSM

Selain itu, anda juga boleh membuat permohonan rumah seperti berikut:

Dah dapat tips tu, jangan lupa buat ya! Semoga urusan anda membeli rumah idaman dipermudahkan!

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.