Semakan Temuduga Calon Guru Interim Gred DC41 (Senarai KPM) Ke Jawatan Tetap Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Di Sarawak

1,216

Calon Guru Interim Gred DC41 di negeri Sarawak sudah boleh membuat semakan panggilan temuduga ke jawatan tetap Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 di Sarawak.

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan telah mengumumkan mengenai hebahan panggilan temuduga melalui Facebook rasmi mereka.

Calon Guru Interim Gred DC41 di negeri Sarawak boleh membuat semakan secara online sahaja melalui pautan yang akan dikongsikan disini.

TEMPOH SEMAKAN

Semua calon Guru Interim Gred DC41 di negeri Sarawak perlu membuat semakan dengan kadar yang segera iaitu sebelum:

  • 13 Disember 2021

PAUTAN & CARA SEMAKAN

Anda boleh membuat semakan panggilan temuduga dipautan berikut:

Calon Guru Interim Gred DC41 (Senarai KPM) Ke Jawatan Tetap Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Di Sarawak

  • Masukkan nombor kad pengenalan dan klik Hantar
  • Keputusan akan dipaparkan

PENYERAHAN DOKUMEN

Calon Guru Interim Gred DC41 di negeri Sarawak perlu menyerahkan dokumen yang telah ditetapkan kepada pihak urus setia sebelum atau pada:

  • 13 Disember 2021, hari Isnin jam 12 tengah hari untuk diserahkan kepada Pengerusi dan Wakil Jabatan.

Senarai semak serta dokumen berkaitan perlu dikemukakan kepada pihak urus setia di:

Antara dokumen yang perlu dimuat naik calon Guru Interim Gred DC41 ialah:

  • Kad Pengenalan
  • Sijil Kelahiran/Sijil Pendaftaran Kelahiran/Sijil Anak Angkat
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional
    Ijazah Sarjana/Ijazah/Diploma
  • Diploma Pendidikan & Transkrip
  • Pengiktirafan kelayakan MQA
  • Sijil Kegiatan Ko-Kurikulum (3 yang tertinggi)
  • Dokumen Pengesahan Status Orang Kelainan Upaya (OKU) – sekiranya berkaitan

Pastikan semua dokumen yang anda scan merupakan dokumen asal yang berwarna sahaja.

Anda juga digalakkan untuk menyimpan fail dokumen dalam bentuk PDF agar senang dibuka oleh penerima nanti.

Baca juga: Minat Sangat Nak Jadi Guru? Ikut 10 Tips Persediaan Temuduga SPP ini, Gerenti Lulus!

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai panggilan temuduga Guru Interim Gred DC41 ke jawatan tetap Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 di Sarawak, sila ajukan ke:

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.