Cara Mohon Jawatan Pegawai Syariah Gred LS41 Melalui SPA9. Baca Syarat Dahulu Baru Mohon

1,412

Adakah anda mempunyai Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang? Jika ya, anda dipelawa untuk memohon jawatan sebagai Pegawai Syariah Gred LS41.

Pemohon yang berjaya menjawat jawatan Pegawai Syariah Gred LS41 ini akan ditempatkan di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.

Macam mana nak mohon jawatan Pegawai Syariah Gred LS41 ini? Apakah syarat kelayakan yang diperlukan?

INFO RINGKAS JAWATAN PEGAWAI SYARIAH GRED LS41

Untuk pengetahuan anda, Pegawai Syariah Gred LS41 berada dalam kumpulan:

  • Pengurusan dan Profesional

Dan jika berjaya, anda akan ditempatkan di:

  • Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Anda digalakkan untuk membuat permohonan dengan segera sebelum tarikh tutup pada:

  • 13 Disember 2021

SYARAT KELAYAKAN LANTIKAN

Syarat kelayakan lantikan yang diperlukan untuk membuat permohonan sebagai Pegawai Syariah Gred LS41 ialah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred LS41 : RM2,418.00)
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian Syariah atau Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah) serta Diploma Lanjutan Undang-undang dan Pentadbiran Kehakiman Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
    (Gaji Permulaan pada Gred LS41 : RM2,418.00)
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Bagi syarat peningkatan secara lantikan pula:

  • Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Syariah adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Syariah Gred LS41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan
  • Mempunyai kelayakan di perenggan 1(c)
  • Had umur pelantikan:
    a) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun
    b) Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun
    c) Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun

DESKRIPSI TUGAS

Pegawai Syariah Gred LS41 akan melakukan tugas-tugas seperti berikut:

  • Bertanggungjawab mengendalikan Mahkamah Syariah di peringkat daerah
  • Bertindak sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah, membuat persediaan ‘ground of judgement’ kes-kes rayuan.
  • Membuat laporan undang-undang untuk terbitan dalam Jurnal Undang-undang Syariah.
  • Mengesahkan perakuan permohonan pembahagian harta pusaka di bawah bidang kuasa yang ditetapkan.

CARA MOHON

Permohonan adalah secara online melalui SPA9 dipautan berikut:

Cara Mohon Jawatan Pegawai Syariah Gred LS41 Melalui SPA9. Baca Syarat Dahulu Baru Mohon

Dapatkan panduan mendaftar pekerjaan di SPA9 dipautan berikut: SPA9 Login : Sistem Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam

PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik.

Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.

Panduan Soalan Temuduga Penolong Pembantu Tadbir Kewangan N29

PANDUAN TEMUDUGA

Klik pautan di atas dan buat tempahan segera sebagai persediaan menghadapi temuduga.

Baca juga tips temuduga dengan SPA dan pantang larang ketika menjawab soalan disini.

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.