Cara Semak Roadtax Kenderaan Ibu Ayah Di Kampung Secara Online

1,710

Bagi anda yang mempunyai ibu ayah tinggal di kampung serta menaiki kenderaan seperti kereta dan motorsikal, anda boleh membuat semakan tarikh tamat tempoh roadtax secara online sahaja seterusnya renew roadtax tersebut buat mereka dengan segera sekiranya telah tamat tempoh.

Walaupun begitu, sepanjang tempoh PKP 2.0 ini Kementerian Pengangkutan telah menyatakan bahawa pembaharuan roadtax dan lesen memandu diberi pengecualian sehingga 31 Mac ini.

Rujuk: Roadtax & Lesen Memandu Diberi Pengecualian Pembaharuan Bemula 1 Februari Hingga 31 Mac 2021

Bagaimana nak semak roadtax kenderaan ibu ayah di kampung? Rujuk perkongsian ini dan terus buat semakan dengan segera.

2 KAEDAH SEMAK ROADTAX SECARA ONLINE

Terdapat 2 kaedah untuk membuat semakan roadtax secara online iaitu:

PORTAL JPJ

Untuk membuat semakan tarikh tamat tempoh roadtax kenderaan secara online, anda perlu:

Cara Semak Roadtax Kenderaan Ibu Ayah Di Kampung Secara Online

  • Klik ORANG AWAM MALAYSIA (MYKAD)

Cara Semak Roadtax Kenderaan Ibu Ayah Di Kampung Secara Online

  • Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN ANDA pada bahagian No.ID dan masukkan NOMBOR PENDAFTARAN ANDA.
  • Masukkan KOD SEKURITI dan klik SEMAK.

Cara Semak Roadtax Kenderaan Ibu Ayah Di Kampung Secara Online

  • Tarikh tamat tempoh roadtax akan akan dipaparkan.

APLIKASI JPJ INFO

Anda juga boleh membuat semakan roadtax melalui aplikasi JPJ info seperti langkah-langkah berikut:

Cara Semak Roadtax Kenderaan Ibu Ayah Di Kampung Secara Online

  • Klik pada LESEN KENDERAAN.

Cara Semak Roadtax Kenderaan Ibu Ayah Di Kampung Secara Online

  • Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN/MYKAD, klik WARGANEGARA MALAYSIA dan NOMBOR KENDERAAN anda.
  • Seterusnya klik HANTAR.

Cara Semak Roadtax Kenderaan Ibu Ayah Di Kampung Secara Online

  • Skrin akan memaparkan maklumat seperti gambar dibawah untuk rujukan anda.

Cara Semak Roadtax Kenderaan Ibu Ayah Di Kampung Secara Online

CARA RENEW ROADTAX SECARA ONLINE

Anda boleh renew roadtax kenderaan mak ayah secara online sahaja melalui Portal mySIKAP.

Langkah-Langkah Renew Lesen & Roadtax Sepanjang PKP, Online Melalui mySikap

Dapatkan langkah-langkah renew roadtax secara online melalui pautan berikut:

MAKLUMAT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat dan pertanyaan berkaitan semakan dan pembaharuan lesen memandu serta roadtax kenderaan secara online, sila hubungi JPJ yang berdekatan atau:

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.