Cara Nak Tukar Duit Kertas Rosak Di Bank. Jangan Buang Tau!

2,392

Tahukah anda bahawa duit yang rosak masih lagi bernilai dan boleh ditukar di Bank Negara Malaysia? Anda perlu simpan dahulu duit tersebut dan jangan terus membuangnya ya.

Bank Negara Malaysia juga menyatakan kriteria wang yang boleh ditukar dan wang yang tidak boleh ditukar kerana mungkin sudah hilang nilainya dan menyebabkan langsung tidak dapat ditukar.

Teruskan membaca perkongsian ini dan dapatkan cara yang betul untuk membuat penukaran duit yang rosak di Bank Negara Malaysia.

CIRI-CIRI WANG YANG BOLEH DITUKAR DI BANK NEGARA

Wang rosak yang boleh ditukar di Bank Negara Malaysia ialah:

  • Duit terbakar
  • Terkoyak
  • Berlubang
  • Kotor / lusuh
  • Kecut (kebanyakkannya duit polimer/ plastik)
  • Dimakan anai-anai
  • Luntur warna
  • Cacat
  • Hilang ciri-ciri keselamatan

Cara Nak Tukar Duit Kertas Rosak Di Bank. Jangan Buang Tau!

CARA MENUKAR DUIT ROSAK DI BANK NEGARA MALAYSIA

Untuk menukar duit yang rosak, anda perlu:

  • Membawa duit tersebut ke cawangan Bank Negara Malaysia.
  • Isikan borang yang boleh didapati di kaunter.
  • Wang anda akan dinilai oleh pegawai BNM seperti:
    1. FULL VALUE (NILAI PENUH): melebihi dua per tiga (2/3) daripada saiz asal
    2. HALF VALUE (NILAI SEPARUH): kurang daripada dua per tiga (2/3) tetapi melebihi satu per dua (1/2) daripada saiz asal
    3. NO VALUE (TIADA NILAI): kurang satu per dua (1/2) daripada saiz asal
Nota: Tiada nilai pada wang kertas jika ia ditulis atau dilukis dengan sengaja (iaitu tanda yang dibuat di atas potret Yang Di-Pertuan Agong, tulisan yang menggambarkan slogan politik atau menggunakan wang kertas sebagai kad jemputan / pad tulis.
Cara Nak Tukar Duit Kertas Rosak Di Bank. Jangan Buang Tau!
Cara Nak Tukar Duit Kertas Rosak Di Bank. Jangan Buang Tau!

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai pertukaran wang yang rosak di Bank Negara Malaysia di saluran berikut:

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.