Ciri-Ciri Yang Perlu Ada Dalam Diri Anda Untuk Menjadi Pilihan Majikan

0 812

Sesetengah majikan sangat cerewet terhadap pekerjanya. Kebanyakkan majikan mahukan pekerja yang boleh melakukan pelbagai tugasan (multitasking) untuk kerja-kerja yang diberikan. Oleh itu, mereka menetapkan pelbagai syarat untuk jawatan yang ditawarkan.

Terdapat majikan yang mementingkan latar belakang pendidikan, pengalaman dan kemahiran bekerja. Manakala majikan yang lain pula lebih mementingkan karakter seperti kemahiran berkomunikasi dan bekerja dalam kumpulan.

Perkongsian ini akan berkongsi mengenai ciri-ciri yang perlu ada dalam diri anda untuk menjadi pilihan majikan.

CIRI-CIRI MENJADI PILIHAN MAJIKAN

Antara ciri-ciri yang menjadi pilihan majikan yang perlu dipenuhi oleh bakal pekerja dan pekerja adalah seperti berikut:

1. Motivasi Diri

Motivasi diri merupakan faktor penggerak ataupun dorongan yang dapat  meningkatkan semangat dalam diri dan mampu untuk mengubah tingkah laku seseorang. Seseorang yang memiliki motivasi diri yang kuat akan menjadi pilihan majikan. Majikan akan memilih sesorang yang bermotivasi tinggi unutk berada di dalam syarikatnya. Hal ini kerana, pekerja tersebut akan memiliki keazaman yang tinggi dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.

ciri menjadi pilihan majikan

2. Kepimpinan

Seseorang yang mempunyai ciri kepimpinan menunjukkan ianya sanggup dan mampu untuk menggalas tanggungjawab yang diberikan. Mereka akan sentiasa bersedia untuk menerima apa sahaja tugasan yang diberikan dan merangka strategi untuk menyelesaikan masalah bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh syarikat.

Ciri-Ciri Yang Perlu Ada Dalam Diri Anda Untuk Menjadi Pilihan Majikan

3. Kecerdasan

Pekerja yang mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi akan cenderung untuk berjaya menangani masalah yang dihadapi atau diberikan oleh majikan. Majikan akan cenderung menilai tahap kecerdasan pekerja itu. Sifat ingin tahu dan banyak bertanya soalan yang relevan kepada orang atasan atau rakan sekerja akan menonjolkan sifat kecerdasan seseorang. Sekiranya pekerja itu banyak bertanya soalan yang baik dan menilai jawapan yang diberi, dia akan lebih cepat belajar mengenai skop kerja yang bakal diberi.

ciri pilihan majikan

4. Integriti

Intergriti merupakan ciri yang paling penting bukan sahaja untuk kejayaan dalam kehidupan tapi juga di tempat kerja yang perlu diterapkan. Pekerja yang berinteriti tinggi akan bersikap jujur dan amanah terhadap kerja dan diri mereka sendiri. Majikan mampu mempercayai dan bergantung terhadap pekerja yang berintegriti tinggi.

ciri pilihan majikan

5. Kecekapan

Pekerja perlulah mempunyai ciri-ciri ini dalam melaksanakan dan menyempurnakan tugasan, mencari maklumat dan merungkai masalah, kecekapan adalah asas penting dalam setiap bidang kerjaya yang diceburi menjadi pilihan majikan. Pekerja yang cekap mampu menyumbang dan mencapai produktiviti yang tinggi dalam segala tugas.

dalam melaksanakan dan menyempurnakan tugasan, mencari maklumat dan merungkai masalah, kecekapan adalah asas penting dalam setiap bidang kerjaya yang diceburi.

Ciri-ciri di atas merupakan ciri yang menjadi pilihan utama majikan untuk mengambil seseorang menjadi pekerjanya. Oleh itu, graduan ataupun pencari kerja perlulah mempersiapkan diri mereka dengan ciri-ciri ini untuk mendapatkan pekerjan dan menjadi pilihan majikan.

Leave A Reply

Your email address will not be published.