Cara Daftar Ambil Booster (Dos Penggalak) Guna MySejahtera Atau Secara Walk In

1,765

Kecoh di media sosial yang menyatakan pihak Kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bahawa semua rakyat Malaysia wajib mengambil booster atau dos penggalak sebagai syarat lengkap vaksinasi.

Disebabkan hal ini, orang ramai tertanya-tanya bagaimanakah caranya untuk mendapatkan booster atau dos penggalak kerana ingin mengelakkan kad digital mereka bertukar menjadi kuning.

Anda boleh dapatkan cara-cara untuk mendaftar di MySejahtera untuk dapatkan booster disini serta cara-cara untuk walk in.

KEKALKAN STATUS VAKSINASI LENGKAP

 “Penerima vaksin berusia 60 tahun ke atas dan penerima Sinovac berusia 18 ke atas perlu dapatkan dos penggalak selewat-lewatnya pada Februari 2022 bagi mengekalkan status Vaksinasi Lengkap.”

Menteri Kesihatan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin

Seterusnya, anda boleh rujuk sahaja kenyataan media yang telah dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia berikut:

Cara Daftar Ambil Booster (Dos Penggalak) Guna MySejahtera Atau Secara Walk In

CARA DAFTAR AMBIL BOOSTER

Jika anda nak daftar untuk pengambilan booster melalui MySejahtera, apa yang anda perlu lakukan ialah:

  • Tekan Helpdesk
  • Mula
  • Pilih Janji Temu Vaksinasi Penggalak
  • Pilih G dan isi maklumat lanjut seperti nombor kad pengenalan atau pasport. Kemudian muat naik dokumen yang diperlukan iaitu dokumen pengesahan umrah.

Untuk lebih faham cara daftar booster melalui MySejahtera, anda boleh menonton video yang dikongsikan oleh JKJAVMY

Untuk Walk In pula, anda hanya perlu:

  • Menghubungi senarai PPV yang menyediakan perkhidmatan walkin/telefon/email untuk daftar temujanji ini melalui www.protecthealth.com.my yang telah dimulakan pada 22 November 2021.

Cara Daftar Ambil Booster (Dos Penggalak) Guna MySejahtera Atau Secara Walk In

Jika anda ingin ambil booster dalam masa terdekat, boleh sahaja anda buat pendaftaran melalui MySejahtera atau secara walk-in sahaja di PPV yang berdekatan dengan anda.

Selain itu, anda juga boleh rujuk disini senarai 5 kategori pemohon dos penggalak seperti yang dikeluarkan oleh KKM:5 Kategori Pemohon Dos Penggalak Secara Walk-In & Cara Mohon Melalui MySejahtera

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.