Bayar Saman Trafik & JPJ Dengan Diskaun Sehingga 80% Sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia

62,529

Bersempena dengan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, pihak PDRM dan JPJ Malaysia memberikan pengurangan saman sehingga 80% kepada pemilik kenderaan.

Pengurangan saman dengan diskaun sehingga 80% ini diberikan kepada saman yang hanya terdapat dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sahaja.

Anda boleh dapatkan senarai saman yang dikecualikan disini dan dapatkan info bilakah anda boleh membuat bayaran saman dengan diskaun 80%.

TARIKH BAYARAN SAMAN DISKAUN 80%

Orang ramai boleh membuat bayaran saman dengan diskaun 80% mulai:

  • 9 hingga 12 Disember 2021 (4 hari sahaja)

JUMLAH DISKAUN

Orang ramai akan membayar saman Trafik dan JPJ sebanyak:

  • 80% diskaun

JENIS SAMAN

Anda boleh membayar semua jenis saman Trafik dan JPJ yang boleh kompaun sahaja dengan diskaun 80% sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia kecuali:

  1. Saman Kemalangan Tahun 2021
  2. Saman Berstatus NC (Non-Compoundable)
  3. Saman Berstatus Bicara Mahkamah
  4. Saman Berkait Kenderaan Lori
  5. Saman Kesalahan Potong Secara Berbahaya / Potong ‘Q’ Tahun 2021
  6. Saman Kesalahan Menggunakan Lorong Keceasan Tahun 2021
  7. Saman Kesalahan Melanggar Lampu Isyarat Merah Tahun 2021
  8. Saman Kesalahan Potong Garisan Berkembar Tahun 2021
  9. Saman Kesalahan Pengubahsuaian Ekzos Kenderaan
Nota: Juga kecuali kes mahkamah yang berstatus waran tangkap atau perbicaraan
Bayar Saman Trafik & JPJ Dengan Diskaun Sehingga 80% Sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia

CARA PEMBAYARAN SAMAN

Anda boleh setelkan bayaran saman dengan mengunjungi:

  • Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)
  • Kaunter, Kiosk JPJ (Booth No.15 Hall 1&4, KLCC) & Portal JPJ (https://public.jpj.gov.my)

Bayar Saman Trafik & JPJ Dengan Diskaun Sehingga 80% Sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia

Tak tinggal di Wilayah Persekutuan dan nak bayar saman? Klik sini dan setelkan bayaran saman anda sebelum tarikh tutup.

Atau anda boleh membuat semakan saman melalui aplikasi MyBayar Saman sahaja! Lebih senang dan mudah untuk anda.

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.