Cara Mohon Kemasukan Tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama Negeri Johor, E-SMANJ

635

Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Bahagian Pendidikan Islam akan membuka permohonan masuk Tingkatan 1 ke Sekolah-sekolah Menengah Agama Negeri Johor.

Anda boleh membuat permohonan secara online bermula 1 Disember 2021 nanti melalui pautan yang akan dikongsikan disini nanti.

Selain itu, semak syarat permohonan yang ditetapkan dan anda juga boleh menyemak senarai penuh sekolah-sekolah yang membuka tawaran ini.

TARIKH PERMOHONAN KEMASUKAN TINGKATAN 1 SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI JOHOR e-SMANJ

Permohonan untuk kemasukan Tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama Negeri Johor akan dibuka pada:

  • 1 Disember 2021-21 Disember 2021

Jadi, semua ibu bapa mesti alert dengan tarikh permohonan kemasukan Tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama Negeri Johor dibuka agar tidak tertinggal untuk membuat permohonan nanti.

SYARAT PERMOHONAN

Pemohon mesti mematuhi syarat-syarat permohonan yang ditetapkan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia (Bangsa Johor diberikan keutamaan)
  • Sihat tubuh badan dan boleh berdikari
  • Lahir pada 2 Januari 2009 hingga 1 Januari 2021
  • Permohonan adalah secara online sahaja
  • Hanya calon yang melepasi saringan awal akan menghadiri ujian kelayakan

CARA MOHON

Seperti yang dinyatakan pada syarat permohonan, anda semua perlu membaut permohonan secara online melalui pautan berikut:

Maklumat seterusnya sila rujuk: rujuk daftar-smanj.net/t1/2022/

SEKOLAH-SEKOLAH YANG DITAWARKAN

Sekolah-sekolah yang menawarkan kemasukan Tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama Negeri Johor ialah:

  1. Maahad Tahfiz Negeri Johor (MTNJ)
  2. Maahad Johor Lil Banat (MJLB – beroperasi sementara waktu di SMAKJ)
  3. Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor, Kluang (SMAKJ)
  4. Sekolah Maahad Pontian (MP)
  5. Sekolah Menengah Agama Parit Raja, Batu Pahat (SMAPR)
  6. Sekolah Menengah Agama Bugisiah, Tampok, Pontian (SMABG)

TARIKH-TARIKH PENTING PERMOHONAN

Jangan lupa, alert dengan tarikh-tarikh penting permohonan kemasukan Tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama Negeri Johor seperti yang dikongsikan ini:

Cara Mohon Kemasukan Tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama Negeri Johor, E-SMANJ

Baca juga: Cara Mohon Bantuan Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang Sehingga RM2,500. Semak Syarat Kelayakan Disini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan kemasukan Tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama Negeri Johor, sila dapatkan di:

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.