Warga Emas Lebih 50 Tahun Dah Boleh Tunai Umrah, Arab Saudi Batal Had Usia Bagi Visa Umrah

794

Berita ini merupakan satu berita yang menggembirakan seluruh umat Islam dimana selepas ini warga emas yang berumur lebih 50 tahun telah dibenarkan untuk melakukan umrah.

Ini berikutan kerajaan Arab Saudi telah membatalkan had usia 50 tahun yang dikenakan bagi jemaah antarabangsa yang ingin melakukan umrah di Tanah Suci.

Jadi, selepas ini semua umat Islam boleh melakukan umrah bersama-sama ahli keluarga masing-masing berikutan pembatalan had umur bagi visa umrah.

HAD UMUR VISA UMRAH

Sebelum ini kerajaan Arab Saudi telah menetapkan had umur bagi visa umrah iaitu:

  • 18 hingga 50 tahun sahaja.

Had umur ini adalah untuk jemaah:

  • Yang ingin menunaikan umrah di bawah visa umrah
  • Bersolat di Masjidil Haram
  • Raudah di Masjid Nabawi
  • Ziarah Makam Nabi

Malah, di bawah visa umrah juga, jemaah asing di bawah umur 18 tahun juga tidak dibenarakan menunaikan umrah.

Tetapi kini, Arab Saudi telah batalkan had usia 50 tahun untuk visa umrah tetapi semua jemaah perlu ikuti SOP yang telah ditetapkan.

Nota: Di bawah peraturan baru itu, jemaah warga emas dari luar negara boleh datang menunaikan umrah asalkan memenuhi langkah berjaga-jaga dan protokol pencegahan bagi membendung penularan coronavirus.

APLIKASI EATMARNA & TAWAKKALNA

Selain itu, para jemaah haji dan umrah juga dinasihatkan untuk memuat turun aplikasi Eatmarna dan Tawakkalna untuk memudahkan urusan jemaah ketika melakukan salah satu daripada ibadat tersebut sejurus menjejakkan kaki di Mekah atau Madinah.

Aplikasi ini boleh dimuat turun menerusi Google Play atau App Store dengan mudah sebaik jemaah sampai ke Tanah Suci.

Macam mana nak buat tu?

  • Semua jemaah mesti menggunakan telefon pintar dengan sim kad baharu untuk data internet yang boleh diperlolehi di pintu masuk lapangan terbang.

Mengapa jemaah perlu menggunakan dua aplikasi ini? Jemaah wajib menggunakan aplikasi ini kerana ia mempunyai peranan seperti berikut:

  • Memudahkan urusan seperti pendaftaran hotel, memasuki dan permis perniagaan.

Peranan aplikasi dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu:

Aplikasi Tawakkalna

  • Khas digunakan sewaktu pendaftaran masuk hotel dan permis-permis perniagaan.

Nak Pergi Umrah? Install 'MySejahtera' Arab Saudi Tawakkalna. Ini Caranya

Aplikasi Eatmarna

  • Digunakan untuk pendaftaran jemaah mamasuki Majidil Haram, Masjid Nabawi dan pendaftaran masuk ke Raudah.

Nak Pergi Umrah? Install 'MySejahtera' Arab Saudi Tawakkalna. Ini Caranya

Jika ingin dapatkan tutorial penggunaannya, anda boleh klik sini dan dapatkan langkah-langkah tutorial untuk menggunakan kedua-dua aplikasi Eatmarna dan Tawakkalna.

PENUNJUK BERWARNA EATMARNA & TAWAKKALNA

Jemaah kini boleh mengelak kesesakan ketika mengerjakan umrah atau beribadat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Madinah apabila mempunyai pilihan untuk memilih slot di luar waktu puncak.

Kementerian Haji dan Umrah mengemas kini aplikasi Eatmarna dan Tawakkalna dengan menambah penunjuk indikator berwarna yang menunjukkan status kesesakan di dua masjid berkenaan.

Jadi, anda boleh elak membuat tempahan untuk ibadah umrah atau mengerjakan solat di Masjidil Haram dan Rawdah Sharif di Masjid Nabawi serta menziarahi makam Nabi Muhammad SAW ketika waktu sesak, sebaliknya memilih waktu lebih sesuai.

Penunjuk berwarna Eatmarna dan Tawakkalna yang dikongsikan oleh laporan Saudi Gazette adalah seperti berikut:

  • Kelabu: Tiada ketersediaan tempahan
  • Hijau: Menunjukkan sedikit sesak
  • Oren: Sederhana sesak
  • Merah: Sangat sesak.

SUMBER

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.