Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) KPM 2022. Dapatkan Cara Permohonan Disini

2,216

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) boleh membuat permohohonan tawaran Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) / Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa / Sambilan (HLPS) / Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) ambilan Sesi 2022 pada akhir Disember 2021.

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) ini boleh membuat permohonan secara online sahaja dan boleh membuat semakan syarat terlebih dahulu seperti yang akan dikongsikan sebentar lagi.

Teruskan membaca ini dan dapatkan syarat permohonan serta cara permohonan disini.

INFO RINGKAS HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN HLP KPM 2022

  • Program penajaan Hadiah Latihan Persekutuan bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) untuk melanjutkan pengajian di peringkat pasca siswazah sama ada di institusi pengajian tinggi terpilih di dalam atau luar negara secara sepenuh masa atau separuh masa mengikut bidang dan pengkhususan yang telah ditetapkan.
  • Program HLP ini ditawarkan kepada PPPT gred 41 dan ke atas untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Ph.D.
  • Pegawai dibawah kumpulan sokongan, program yang ditawarkan pada masa ini adalah tawaran Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG) Tanpa Biasiswa.

TARIKH PERMOHONAN HLP KPM 2021

Tarikh bagi permohonan HLP KPM 2022 ialah:

  • Akhir Disember 2021

Tarikh tutup permohonan HLP KPM 2022 ialah:

  • Akan dimaklumkan kemudian

Manakala urusan temuduga pula akan diadakan pada:

  • April 2022

*Bagi calon yang berjaya melepasi saringan awal

CARA PERMOHONAN HLP KPM 2022

Untuk membuat permohonan, anda perlu mohon secara online di pautan berikut:

Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) KPM 2021. Dapatkan Cara Permohonan Disini

Atau melalui:

Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) KPM 2022. Dapatkan Cara Permohonan Disini

Nota: Maklumat lanjut tentang syarat permohonan HLP KPM 2022, kursus yang ditawarkan dan butiran lain akan dikemaskini setelah surat edaran rasmi dimuat naik di laman web rasmi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) https://epenawaran.moe.gov.my.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Segala maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan HLP KPM 2021, sila hubungi:

  • Cawangan Penawaran
    Bahagian Biasiswa Dan Penawaran,Kementerian Pendidikan Malaysia,Aras 2, Menara 2, No 2,Jalan P5/6, Presint 5,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62200, Putrajaya
  • Telefon: 03-8888 1616 / 03-8870 6375

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.