Kaum Hawa Anda Perlu Tahu Tips Ini jika Mahir Memandu Kereta

0 555

Kebanyakkan wanita pada masa kini lebih berdikari dan mampu untuk melakukan perkerjaan lelaki. Namun, kebanyakkan kaum wanita ‘start enjin terus jalan” tanpa mengambil berat mengenai kereta mereka.

Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil tahu oleh seorang perempuan mengenai penjagaan kereta.

Kaum hawa ikut perkongsian ini untuk maklumat lebih lanjut mengenai kereta anda.

TIPS ASAS PENJAGAAN KERETA

1. PENJAGAAN MINYAK HITAM

Penjagaan minyak hitam amatlah penting bagi kereta yang dinaiki. Minyak enjin akan memastikan kelancaran kereta yang dinaiki untuk sentiasa senyap dan sesuai untuk perjanlanan jauh. Minyak hitam perlulah ditukar mengikut tempoh masa pengunaan atau jumlah jarak perjalanan.

Terdapat tiga jenis minyak enjin iaitu Fully Syntetic, Semi-Syntetic dan Mineral. Ketiga-tiga jenis minyak hitam ini mempunyai perbezaan dan tempoh penggunaan yang berbeza.

2. AIR RADIATOR

Pastikan air radiator kereta tidak kering. Air radiator ini digunakan untuk menyejukkan enjin kereta. Kekeringan air radiator boleh menyebabkan kereta menjadi ‘overheat’. Penggunaan coolant berbanding air biasa akan menjadikan enjin lebih lambat panas dan juga tak mudah mendidih.

3. TAYAR

Sebelum memandu, pastikan tekanan udara pada tayar anda mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Kekurangan angin pada tayar kereta boleh menyebabkan tayar menjadi nipis dan meningkat penggunaan minyak.

Anda boleh melihat maklumat mengenai tayar kereta anda pada pintu pemandu kereta.

tips asas penjagaan kereta

4. MINYAK GEAR

Bagi kereta yang menggunakan transmisi manual, anda tidak memerlukan ATF tetapi sebaliknya memerlukan minyak gear. Sekiranya anda tidak menukar minyak gear ini dan berlaku kerosakan pada kereta anda, anda memerlukan belanja yang besar untuk membaiki kerosakan pada gear kereta anda. Minyak ini sesuai ditukar bagi setiap perjalanan yang mencapai 60,000km.

Manakala bagi kereta yang menggunakan transmisi auto, Automatic Transmission Fluid (ATF) diperlukan untuk kereta anda. Minyak ini sesuai ditukar apabila 20,000 km perjalanan.

5. ALAS BREK (BRAKE PAD)

Kebanyakkan kaum hawa terlepas pandang mengenai penjagaan alas brek ini kerana ianya berada di tempat yang sukar dilihat. Alas brek yang yang yang nipis boleh menyebabkan sistem brek kereta anda tidak berfungsi dengan baik dan boleh menyebabkan kemalangan.

Kaum Hawa Anda Perlu Tahu Tips Ini jika Mahir Memandu Kereta

Alas brek ini boleh menyebabkan kerosakan pada piring brake (disc brake) kereta anda jika tidak ditukar apabila sudah nipis.

 6. BATERI KERETA

Kebanyakkan kereta yang rosak di pinggir jalan, mempunyai masalah dengan bateri. Penggunaan bateri kereta mempunyai hayat daripada 18 bulan sehingga 2 tahun bergantung kepada cara penggunaannya.

Bateri kereta mempunyai dua jenis iaitu, bateri sel basah dan sel kering.

Bagi bateri sel basah, mampu bertahan dengan lebih lama jika anda kerap menampah air pada sel bateri itu.

7. Penapis Udara (Air Filter)

Penapis udara digunakan untuk melancarkan penapisan penyedutan udara luar masuk ke injection. Penapis udara yang kotor bole menyebabkan sistem pengudaraan yang tidak sempurna.

Penapis udara ini dicadangkan untuk ditukar selepas 20,000km.

Anda dinasihatkan untuk menghantar kereta anda di mana-mana pusat servis untuk keselamatan anda dan juga memastikan kereta anda berada dalam keadaan baik. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda untuk memastikan kenderaan yang dinaiki berada dalam keadaan baik dan sempurna.

 

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.