Cara Kemaskini Nombor Telefon Urusan ASB Menggunakan Kiosk

2,351

Tak tahu cara untuk mengemaskini nombor telefon bimbit untuk urusan ASB secara online? Sebenarnya mudah sahaja jika anda tahu caranya. Sebelum anda membuat sebarang urusan ASB secara online, sila kemaskini nombor telefon bimbit anda di kiosk ASB dahulu.

Mungkin ada lagi yang belum membuat semakan dividen ASB kerana kekangan masa dan tuntutan tugas masing-masing walaupun pengumuman kadar dividen dan bonus ASB 2020 telah diumukan pada 23 Disember 2020 yang lalu.

Rujuk: ASB: Tarikh Umum Serta Jumlah Kadar Dividen Dan Bonus Tahun 2020

Malah, anda juga boleh membaut semakan baki ASB menggunakan Maybank2u secara online sahaja. Tak perlu lagi beratur di kaunter dah tau!

CARA MENGEMASKINI NOMBOR TELEFON ASB DI KIOSK

Untuk mengmaskini nombor telefon ASB di kiosk sangat mudah dan anda hanya perlu ikut langkah-langkah yangdisedikan seperti berikut:

  • Pergi ke kiosk ASB yang terdekat dengan anda.
  • Masukkan kad pengenalan anda untuk pengesahan dan klik SAHKAN MYKAD seterusnya klik HANTAR.
  • Setelah diproses, letakkan ibu jari untuk pengesahan MyKad.
  • Skrin akan memaparkan CAP JARI ANDA BERJAYA DISAHKAN. Klik OK dan klk HANTAR.
  • Seterusnya klik KEMASKINI MAKLUMAT dan masukkan nombor telefon anda. Klik HANTAR dan klik TAMAT TRANSAKSI.
  • Beri maklumbalas kajian kepuasan pelanggan ketika menggunakan kiosk ASB dan ambil kad pengenalan anda.
  • Urusan anda selesai!

LOKASI KIOSK ASB

Anda boleh dapatkan lokasi kiosk ASB yang terdekat dengan anda untuk berurusan dipautan berikut:

LOKASI KIOSK ASB SELURUH MALAYSIA

Cara Kemaskini Nombor Telefon Urusan ASB Menggunakan Kiosk

CARA KIRAAN KADAR DIVIDEN ASB 2020

Contoh Kiraan Agihan Pendapatan ASB 2020 adalah:

Jika simpanan RM30,000 tidak berubah selama 12 bulan.

  • Agihan pendapatan : RM30,000 X3.50 sen =RM1,050
  • Bonus : RM30,000X0.75 sen=RM225
  • Ehsan : RM30,000X0.75 sen =RM225
  • JUMLAH DIVIDEN =RM1,500

Jika simpanan RM100,000 tidak berubah selama 12 bulan.

  • Agihan pendapatan : RM100,000 X3.50 sen =RM3500
  • Bonus : RM100,000X0.75 sen=RM750
  • Ehsan : RM30,000X0.75 sen =RM225
  • JUMLAH DIVIDEN =RM4,475

Cara Pengiraan Kadar Dividen ASB 2020. Rujuk Contoh Ini

Info lanjut sila rujuk: Cara Pengiraan Kadar Dividen ASB 2020. Rujuk Contoh Ini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai perkhidmatan ASB sila ajukan ke saliran berikut:

  • PUSAT KHIDMAT PELANGGAN ASNB: 03 – 7730 8899
  • Isnin – Ahad : 8.00 pagi – 10.00 malam (kecuali pada cuti umum kebangsaan dan cuti umum Wilayah Persekutuan)
  • [email protected]

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.