Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (TABIKA/TASKA) Tahun 2022. Mohon Sebelum Terlambat

953

Berminat untuk ikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Tabika/Taska) bagi Tahun 2022?

Jika ya, anda boleh membuat permohonan secara online bermula 13 Disember 2021 ini secara online sahaja.

Seterusnya dapatkan syarat-syarat permohonan seterusnya mohon sebelum terlambat ya!

TARIKH PERMOHONAN

Anda semua digalakkan untuk membuat permohonan mulai:

  • 13 Disember 2021 sehingga 2 Januari 2022

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN KURSUS SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (TABIKA/TASKA) 2022

Syarat kelayakan untuk permohonan Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Tabika/Taska) bagi Tahun 2022 adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan
  • Diploma Akademik dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan
  • Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Telah menamatkan pengajian dan mempunyai skrol diploma serta transkrip (telah selesai Majlis Konvokesyen).
  • Nilai CGPA 2.70 ke atas.
  • Tidak berkhidmat sebagai kakitangan lantikan tetap atau kontrak (contract of service) dalam perkhidmatan Kerajaan.
  • Terbuka kepada:
    a) TABIKA calon lelaki atau perempuan.
    b) TASKA calon perempuan sahaja.

CARA MOHON

Permohonan adalah secara online seperti berikut:

  • Klik pautan: https://kis.kemas.gov.my/
  • Pemohon hanya dibenarkan mengisi satu (1) jurusan sahaja, sama ada Tabika atau Taska.
  • Permohonan yang lewat diterima atau tidak mengikut syarat yang dinyatakan akan ditolak.
  • Hanya permohonan yang dibuat secara atas talian sahaja yang akan diproses.
Nota: Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga. Calon yang tidak dihubungi selepas tiga (3) bulan daripada tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya. Surat pemberitahuan tidak akan dikeluarkan oleh Jabatan.

Kursus ini bukanlah satu jaminan kepada calon untuk dilantik sebagai kakitangan kontrak (contract of service) KEMAS. Sekiranya dilantik, calon akan ditempatkan mengikut keperluan dan kekosongan di seluruh negeri.

Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (TABIKA/TASKA) Tahun 2022. Mohon Sebelum Terlambat

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Tabika/Taska) bagi Tahun 2022 sila dapatkan di saluran berikut:

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.