Mohon Geran Padanan Pendigitalan PKS Terima Sehingga RM5,000

0 577

Seperti yang diumumkan di dalam Pembentangan Belanjawan 2020, Kerajaan akan
menyediakan geran padanan berjumlah 50% sehingga RM5,000 bagi setiap syarikat PKS yang layak bagi langganan perkhidmatan pendigitalan untuk meningkatkan daya persaingan dan produktiviti perniagaan.

Inisiatif Pendigitalan PKS adalah inisiatif geran yang disediakan oleh Kementerian Kewangan bagi membantu Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk mengguna pakai perkhidmatan pendigitalan dalam operasi perniagaan harian.

CIRI-CIRI GERAN YANG DISEDIAKAN

Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) kini menawarkan geran kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) sebagai peluang untuk mendigitalisasikan perniagaan PKS. Amaun Geran ditawarkan adalah sebanyak 50% atau maksimum RM 5,000 dari jumlah invois. Menyediakan tawaran menarik untuk produk operasi digital dari senarai panel yang disenaraikan oleh MDEC.

SKOP PENDIGITALAN

Berikut adalah skop-skop digital yang disediakan:

  • Sistem Electronic Point of Sale (e-POS)
  • Sistem Penggajian Sumber Manusia (HR)
  • Pemasaran Digital / Jualan
  • Perolehan
  • Perakaunan & Cukai
  • Kerja Jarak Jauh (Remote Working)
  • e-Dagang

SYARAT KELAYAKAN

PKS yang memenuhi syarat kelayakan di bawah boleh mengemukakan permohonan:

  • Syarikat dimiliki oleh sekurang-kurangnya 60% warganegara Malaysia;
  • Syarikat berdaftar di bawah Akta yang relevan di Malaysia;
  • Syarikat telah beroperasi sekurang-kurangnya satu (1) tahun;
  • Bagi Syarikat yang baru beroperasi selama satu (1) tahun, Syarikat perlu mempunyai jumlah jualan tahunan minima sebanyak RM100,000.00 untuk tahun tersebut;
  • Bagi Syarikat yang telah beroperasi melebihi dua (2) tahun, Syarikat perlu mempunyai jumlah jualan tahunan minima sebanyak RM50,000.00 untuk dua (2) tahun terkini secara berturut-turut.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Berikut adalah dokumen yang perlu disediakan untuk membuat permohonan:

  • Borang permohonan Insiatif Pendigitalan PKS yang telah dilengkapkan
  • Salinan kad pengenalan atau pasport Pemilik Tunggal / Pengarah / Rakan Kongsi, yang mana berkenaan.
  • Salinan lesen pendaftaran syarikat (SSM/Borang A/B, Borang 24 & 49 dan M&A atau lain-lain borang seumpamanya di bawah Akta Syarikat 2016).
  • Penyata kewangan beraudit untuk tahun terkini dan akaun pengurusan kewangan terkini (jika diperlukan) atau sebarang bukti perolehan jualan (jika diperlukan)
  • Penyata bank syarikat untuk dua (2) bulan terkini.
  • Profil Syarikat (jika ada)
  • Invois/resit Pembayaran dan perjanjian perkhidmatan (Service Provider) daripada pembekal perkhidmatan pendigitalan yang disenaraikan oleh MDEC.

CARA MEMOHON

Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan oleh pemohon untuk mengemukakan permohonan Geran Padanan Digital ini:

  1. PKS boleh melantik salah satu atau lebih panel Pembekal Perkhidmatan yang disenaraikan oleh MDEC untuk melaksanakan mana – mana
    perkhidmatan pendigitalan yang disediakan (maksimum 3 servis).
  2. Setelah permohonan PKS diluluskan, bergantung kepada keseluruhan jumlah invois, pihak Bank akan membuat pembayaran terus sebanyak 50% daripada keseluruhan jumlah invois atau sehingga RM5,000.00 kepada Pembekal Perkhidmatan secara penuh atau secara berperingkat mengikut budi bicara Bank.
  3. PKS mengemukakan borang permohonan berserta dengan dokumen sokongan yang diperlukan kepada mana-mana cawangan SME Bank & BSN. Pemohon boleh memuat turun borang permohonan di bawah:

SENARAI EMEL

Berikut adalah senarai e-mel mengikut negeri bagi tujuan penghantaran borang permohonan Geran Padanan Pendigitalan PKS:

Untuk maklumat lanjut berkaitan Inisiatif ini, pemohon boleh hubungi talian di bawah:-

  • BSN (Bank Simpanan Nasional) – 1-300-88-1900
  • SME Bank (Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad)
    03 – 2603 7700

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.