Mohon Sekarang Bantuan Ke Institusi Pengajian Tinggi

0 523

Program bantuan institusi pengajian tinggi dari Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM). Tapem telah membuka permohonan bantuan ke institusi pengajian tinggi buat pelajar yang yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat pengajian yang lebih tinggi.

Pemohon yang memenuhi syarat kelayakan boleh membuat permohonan untuk mendapatkan bantuan yang diberikan secara one off ini.

Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang bantuan ini.

KADAR BANTUAN

Kadar bantuan ini diberikan mengikut peringkat pengajian dan amaun berikut:

  • Peringkat Diploma – RM 300.00
  • Peringkat Ijazah – RM 400.00
  • Peringkat Sarjana – RM 400.00
  • Peringkat PHD – RM 400.00

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan bagi bantuan ke institusi pengajian tinggi:

  • Pemohon lahir di negeri Melaka dan
  • Ibu atau bapa pemohon lahir di negeri Melaka dan
  • Bermastautin di Negeri Melaka dan
  • Pengundi di Negeri Melaka.
  • Telah diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
  • Permohonan boleh dibuat bagi kemasukan kali pertama untuk setiap satu tahap pengajian sahaja.
  • Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh enam bulan dari tarikh pendaftaran di IPT.
  • Pemohon layak dipertimbangkan jika ibu bapa (BUKAN LAHIR DI MELAKA)  merupakan penjawat awam atau anggota pasukan beruniform  telah berkhidmat  dan telah  bermastautin lebih 10 tahun di negeri Melaka serta disahkan oleh Majikan  dan Pegawai Kerajaan (Gred 41 ke atas) /Pengerusi JAPERUN / Penghulu /Sidang.
  • Pemohon yang ibu bapanya bukan warganegara Malaysia tidak layak dipertimbangkan.

MAKLUMAT  PERMOHONAN

Berikut merupakan maklumat permohonan yang perlu diketahui oleh pemohon:

  • Sekiranya pembayaran tidak diterima melebihi tempoh dua bulan permohonan maka dianggap tidak berjaya.
  • Salinan dokumen yang dilampirkan hendaklah disahkan oleh Wakil Rakyat/Pegawai Kerajaan (Gred 41 ke atas)/Pengerusi JAPERUN/Penghulu/Sidang.
  • Permohonan Yang Tidak Lengkap Dan Tidak Mengikut Syarat, Permohonan Tidak Di Pertimbangkan.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk mengemukakan permohonan:

  • 1 Salinan Kad Pengenalan/MyKad pemohon.
  • 1 Salinan Sijil Lahir pemohon.
  • 1 Salinan Kad Pengenalan ibu bapa pemohon.
  • 1 Salinan Sijil sekiranya Ibubapa  yang bercerai, meninggal dunia dan Ibu atau Bapa tiri (1 Salinan Sijil Nikah)
  • 1 Salinan Surat Tawaran Kemasukan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) serta mempunyai tarikh pendaftaran ke masukan IPT
  • 1 Salinan Buku Akaun/Penyata Bank/Surat Pengesahan Pembukaan Akaun pemohon.
    • Bank yang aktif sahaja
    • Akaun Bersama tidak dibenarkan.
    • Pastikan nama dan nombor akaun jelas.
  • 1 Salinan sijil berhenti sekolah rendah dan 1 salinan sijil berhenti sekolah menengah pemohon.
  • 1 Salinan bidang pengajianyang mempunyai PENDAFTARAN MALAYSIAN QUALIFICATIONS AGENCY  (MQA).

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Bagi individu yang memenuhi syarat kelayakan dan berminat untuk mengemukakan permohonan, anda boleh mengambil borang permohonan di pejabat TAPEM pada waktu pejabat. Pemohon diingatkan untuk membawa bersama surat tawaran IPT untuk rujukan.

Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada Pengurus Besar, Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka, No.34-4 Tingkat 4, Bangunan Kota Cemerlang, Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Melaka. (No. Telefon : 06-333 3333 sambungan 7550/7554)

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.