Mohon Sekarang Dana Usahawan Bumiputera DUB@NCER,Geran Sehingga 2 Juta

0 718

YAB Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Bin Hj.Mohd Yasin telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRIHATIN) dan Prihatin Tambahan baru-baru ini. Bagi melengkapkan inisiatif kerajaan ini, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dengan ini memperkasakan lagi Pakej Rangsangan di bawah program Dana Usahawan Bumiputera (DUB@NCER).

Selain itu, Dana Usahawan Bumiputera ini juga dikenali sebagai tipping point kepada inisiatif pelaburan swasta Bumiputera di NCER. Dana Usahawan Bumiputera mungkin adalah peluang insentif yang menguntungkan untuk syarikat anda.

Bantuan kewangan meliputi sehingga 15% atau maksimum RM2 juta dari nilai kos projek layak bagi pembangunan infrastruktur (pelaburan minimum RM1.5 juta) dan pembelian mesin peralatan (RM250 ribu).

Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Dana Usahanwan Bumiputera.

PENCAPAIAN DANA USAHAWAN BUMIPUTERA

Berikut merupakan pencapaian-pencapaian Dana Usahawan Bumiputera:

OBJEKTIF DANA DUB

Berikut merupakan objektif Dana Usahawan Bumiputera diwujudkan:

  • Pemangkin kepada pelaksanaan projek-projek sedia ada atau baru bagi meneruskan ekosistem syarikat SME Bumiputera.
  • Membantu meneruskan rantaian nilai dan ekosistem perniagaan SME Bumiputera yang memberi kesan yang ketara kepada pembangunan ekonomi dan komuniti di NCER.
  • Projek perlu memberi impak strategik atau sumbangan yang signifikan kepada ekonomi di NCER termasuk projek-projekdi dalam sektor teras NCIA dan projek yang memberi impak kepada industri dan komuniti.

KELAYAKKAN MINIMUM

Berikut merupakan kelayakan minimum untuk projek pembangunan infrastruktur dan mesin kelengkapan:

  • Tidak mengambil kira kos tanah, belanja operasi termasuk modal kerja, kos perkhidmatan dan intangible assets.
  • Bagi pembangunan infrastruktur, had maksimum status kemajuan projek yang boleh dipohon adalah 30%(disahkan Perunding Bebas)

GERAN YANG DITAWARKAN

Antara geran yang ditawarkan untuk Dana Usahawan Bumiputera adalah:

  • Geran sehingga 15% daripada nilai kos layak projek (QPC) atau nilai maksimum RM2,000,000 (yang mana lebih rendah)
  • Geran akan disalurkan secara:
    • 10%: Bayaran awal akan dibuat sehingga maksimum tiga (3) bulan;
    • 40%: Bayaran kemajuan; dan
    • 50%: Bayaran akhir apabila status kemajuan projek mencapai 100%.

KRITERIA DAN SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan syarat kelayakan bagi syarikat yang ingin membuat permohonan Dana Usahawan Bumiputera:

  • Hanya syarikat bersaiz kecil dan sederhana sahaja yang layak untuk memohon dana ini.
  • Kategori kecil dan sederhana perlu mengikut definisi SME Corporation.
  • Syarikat Kecil dan Sederhana yang diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 2985.
  • Modal berbayar syarikat sekurang-kurangnya RM100,000.
  • Syarikat berpegangan saham efektif Bumiputera sekurang-kurangnya 51%.
  • Projek perlu memberi impak strategik atau sumbangan yang signifikan kepada ekonomi di NCER termasuk projek-projek di dalam sektor teras NCIA yang memberi impak kepada industri dan komuniti adalah digalakkan memohon.

CARA PERMOHONAN

Bagi individu yang berminat dan memenuhi kelayakan yang telah ditetapkan, anda perlulah memuat turun borang permohonan di bawah dan emailkan kepada pihak kami di [email protected]. Untuk bercakap dengan perunding Dana Usahawan Bumiputera, boleh terus menghubungi +604- 502 0708.

Borang Permohonan Pra Permohonan Insentif NCER. Download permohonan di bawah.

Leave A Reply

Your email address will not be published.