Cara Mohon Permit Mendaki & Memasuki Kawasan Hutan Simpanan Kekal Dari Pejabat Hutan Daerah

1,417

Aktiviti mendaki dan memasuki kawasan hutan simpanan kekal memang satu aktiviti yang sihat serta menarik untuk orang ramai.

Tetapi, tahukah anda bahawa anda semua perlu memohon permit untuk melakukan aktiviti mendaki atau beriadah dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal perlu memohon permit dari Pejabat Hutan Daerah terlebih dahulu?

Macam mana nak mohon permit dari Pejabat Hutan Daerah? Tengok sini dan kalau dah tahu tu, jangan lupa mohn permit dahulu ya!

APA ITU PERMIT DARI PEJABAT HUTAN DAERAH?

Kalau anda nak tahu, sebarang aktiviti seperti:

  • Mendaki bukit dan gunung di dalam Hutan Lipur, Hutan Taman Negeri dan Hotspot Rekreasi yang tersenarai dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) perlu permohonan permit yang dibuat melalui Pejabat Hutan Daerah (PHD) masing-masing.

Ini kerana:

  • Menurut Akta Perhutanan Negara 1984, adalah menjadi satu kesalahan memasuki HSK tanpa kebenaran atau permit.

CARA-CARA MOHON PERMIT DARI PEJABAT HUTAN DAERAH

Untuk mohon permit dari Pejabat Hutan Daerah, klik senarai dibawah terlebih dahulu kerana setiap Pejabat Hutan Daerah tidak sama cara mohonnya.

1. Klik dahulu salah satu pautan berikut:

Cara Mohon Permit Mendaki & Memasuki Kawasan Hutan Simpanan Kekal Dari Pejabat Hutan Daerah

2. Kemudian anda klik Info Awam seterusnya Gerbang Perkhidmatan Awam dan klik Muat Turun.

Cara Mohon Permit Mendaki Dan Memasuki Kawasan Hutan Simpanan Kekal Dari Pejabat Hutan Daerah

3. Pilih Borang Memasuki Hutan Simpanan Kekal (Mendaki Gunung) dan klik Muat Turun.

Cara Mohon Permit Mendaki Dan Memasuki Kawasan Hutan Simpanan Kekal Dari Pejabat Hutan Daerah

4. Lengkapkan borang tersebut dalam 3 salinan dan buat pembayaran seperti yang ditetapkan.

Cara Mohon Permit Mendaki Dan Memasuki Kawasan Hutan Simpanan Kekal Dari Pejabat Hutan Daerah

5. Kemukakan borang beserta bukti pembayaran ke PHD yang berkenaan sekurang-kurangnya satu 1 minggu sebelum tarikh pendakian.

Selesai!

Baca juga: Dah Musim Banjir! Check Amaran Banjir Disini Sebagai Persediaan

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai permohonan Permit Mendaki dan Memasuki Kawasan Hutan Simpanan Kekal dari Pejabat Hutan Daerah, sila hubungi:

  • Ibu Pejabat,
    Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia,
    Jalan Sultan Salahuddin,
    50660 Kuala Lumpur.
  • Portal Rasmi: https://www.forestry.gov.my
  • Telefon: 03-26164488
  • Faksimili: 03-26925657

SUMBER

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.