Mohon Sekarang Bantuan Pendaftaran ke IPT Yayasan Pelajaran Johor Kini Dibuka

0 563

Berita baik buat anak kelahiran negeri Johor. Yayasan Pelajaran Johor telah membuka permohonan Bantuan Pendaftaran ke IPT. Pelajar yang memerlukan bantuan kewangan dan ingin membuat permohonan, bolehlah berbuat demikian.

Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui tentang syarat kelayakan dan cara permohonan dilakukan.

TEMPOH PERMOHONAN

Tempoh permohonan bagi Bantuan Pendaftaran ke IPT dibuka daripada 18 Ogos 2020, jam 12 tengahari sehingga 31 Ogos 2020.

SYARAT PERMOHONAN

Berikut merupakan syarat permohonan untuk memohon Bantuan Pendaftaran ke IPT Yayasan Pelajaran Johor:

  • Pemohon lahir dan menetap di Negeri Johor.
  • Permohonan terbuka kepada pelajar tahun 1 (semester pertama) Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang melanjutkan pengajian ke IPTA dan IPTS terpilih (Kolej YPJ, EDUCITY & Marsah).
  • Pemohon telah mendapat surat tawaran dari Institusi Pengajian Tinggi.
  • Tempoh kursus yang diikuti adalah mengambil masa setahun atau lebih;
  • Pendapatan Ibu DAN bapa / Penjaga tidak melebihi RM 4,000.00 sebulan dan RM 4,001 hingga RM 5,000 sebulan dengan jumlah tanggungan melebihi 5 orang dan ke atas;
  • Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian;
  • Pemohon tidak menerima apa-apa bantuan pendaftaran dari agensi-agensi lain.
  • Permohonan bantuan adalah tertakluk kepada syarat serta kelulusan pengurus besar YPJ.

KADAR BANTUAN

Berikut adalah kadar bantuan yang diterima mengikut peringkat pengajian:

  • Diploma- RM500.00
  • Ijazah – RM1,000.00

DOKUMEN WAJIB

Berikut merupakan dokumen-dokumen wajb yang perlu disertakan bersama permohonan anda:

  • Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPTA
  • Salinan Resit Pembayaran Yuran (bagi yang telah mendaftar)
  • Salinan Kad Pengenalan Pelajar
  • Salinan Kad Pengenalan Ibu dan bapa atau Penjaga
  • Salinan Akaun Bank Islam (M) Berhad tanpa buku (PASSBOOK-LESS ACCOUNT) sahaja (Salinan Resit Pembayaran BIMB Tidak Diterima)
  • Salinan Sijil Kematian / Penceraian (Jika Berkaitan)
  • Salinan Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga (SLIP GAJI/ PENYATA PENDAPATAN)
  • Sekiranya ibubapa/penjaga tidak mempunyai slip gaji (bekerja sendiri) /tidak bekerja (suri rumah/pesara/pencen/ tiada punca pendapatan), adalah WAJIB untuk pemohon melengkapkan Borang Pengesahan Pendapatan.
  • Muat  turun Borang Pengesahan Pendapatan
  • Pemohon perlulah memastikan kesemua dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh pegawai profesional/ Kategori A/ Ketua Kampung/ Penghulu/Pengerusi JKKK/ yang setaraf dengannya.

CARA MEMOHON

Bagi pemohon yang ingin membuat permohonan dan memenuhi syarat kelayakan, pemohon boleh ke pautan di bawah atau mengimbas QR Code di poster yang disediakan:

Pemohon perlulah membuat Permohonan Pra Pendaftaran sebelum log masuk ke pautan di atas. Setelah selesai membuat permohonan, pemohon perlulah mencetak borang permohonan bersama dokumen wajib untuk dihantar ke YPJ.

CARA MENGHANTAR DOKUMEN PERMOHONAN DAN SOKONGAN

Berikut adalah cara-cara untuk menghantar dokumen permohonan dan sokongan:

  • Susun dokumen permohonan mengikut senarai semak yang disediakan
    Masuk kan kesemua dokumen sokongan & permohonan kedalam sampul surat bewarna COKLAT bersaiz A4 dan seterusnya di gam dibahagian belakang dengan kemas.
  • Tuliskan Jenis Permohonan di PENJURU KANAN ATAS jenis permohonan yang di pohon, sama ada
    i) PINJAMAN
    ii) SKIM BANTUAN PENDAFTARAN (SBP)
  • Masuk ke dalam peti berkunci di pejabat YPJ. (Bagi yang memilih kaedah serahan tangan)
    Bagi yang memilih kaedah POS, dokumen yang telah dimasuk ke dalam sampul surat tersebut boleh di pos menggunakan kaedah POS yang mempunyai tracking number.
  • Dokumen permohonan dan sokongan boleh dihantar di alamat berikut:

No. 15, Bangunan YPJ
Jalan Nuri, Larkin Jaya
Kg Dato’ Onn Jaafar
Karung Berkunci 711
80990 Johor Bahru
Johor.
Tel: 07-2344355
Fak:07-2344434

  • Adalah dimaklumkan bahawa, kesemua borang permohonan yang dihantar ke YPJ ke dalam peti berkunci akan dibiarkan selama 24 jam bagi tujuan sanitasi.

Sekiranya pemohon mempunyai sebarang pertanyaan ingin mengetahui dengan lebih lanjut, boleh emelkan soalan ke alamat www.ypj.gov.my. Sekali lagi diingatkan, pemohon hendaklah membuat permohonan sebelum 31 Ogos 2020.

Selamat Mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.