Permohonan Pinjaman Pelajaran Yayasan Pelajaran Johor ke IPT Kini Dibuka

0 564

Yayasan Pelajaran Johor telah membuka permohonan pinjaman pelajaran ke IPT bagi sesi 2020. Pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan kewangan dan menyambung pelajaran boleh mengemukakan permohonan anda.

Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui syarat dan cara permohonan pinjaman pelajaran ke IPT dilakukan.

TEMPOH PERMOHONAN

Tempoh permohonan bagi pinjaman pelajaran dan bantuan pendaftaran adalah daripada 18 Ogos sehingga 31 Ogos 2020.

SYARAT AM PERMOHONAN

Berikut merupakan syarat permohonan bagi bantuan ini:

  • Lahir dan menetap di Johor;
  • Mendapat tawaran kemasukan/sedang menuntut ke IPT sebelum memohon pembiayaan Pendidikan;
  • Kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan;
  • Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun;
  • Tiada penaja lain (Pinjaman/Biasiswa);
  • Kursus yang diikuti mestilah ‘sepenuh masa’;
  • Pendapatan ibu DAN bapa tidak melebihi RM8,000 sebulan (tertakluk kepada dasar semasa & kelulusan);
  • PENTING : Keutamaan akan diberikan kepada keluarga yang mempunyai jumlah pendapatan dengan per/kapita (jumlah pendapatan isi rumah/jumlah tanggungan) yang paling minima. Oleh itu, YPJ tidak terikat untuk meluluskan sebarang permohonan yang diterima walaupun permohonan tersebut memenuhi syarat-syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.

JENIS IPT & TARAF PENGAJIAN YANG DITAJA

Berikut merupakan jenis dan taraf IPT yang ditaja oleh Yayasan Pelajaran Johor:

  • IPTA
    • Semua IPTA (Diploma & Ijazah Sarjana Muda sahaja)
  • IPTS
    • Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) (Diploma sahaja)
    • Kolej Kemahiran Johor (KKJ) (Sijil Kemahiran & Diploma Kemahiran sahaja)
    • Marsah (Diploma sahaja)

DOKUMEN WAJIB

Berikut merupakan dokumen-dokumen wajib yang perlu disertakan untuk membuat permohonan:

  • Salinan Kad Pengenalan Pelajar
  • Salinan Kad Pengenalan Ibu DAN bapa atau Penjaga
  • Salinan Surat Tawaran IPT
  • Salinan Sijil SPM
  • Salinan Sijil Kelahiran
  • Sijil Berhenti Sekolah
  • Salinan Sijil Kematian / Penceraian (Jika Berkaitan)
  • Salinan Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga (SLIP GAJI/ PENYATA PENDAPATAN)
  • Sekiranya ibubapa/penjaga tidak mempunyai slip gaji (bekerja sendiri) /tidak bekerja (suri rumah/pesara/pencen/ tiada punca pendapatan), adalah WAJIB untuk pemohon melengkapkan Borang Pengesahan Pendapatan
  • Muat turun Borang Pengesahan Pendapatan bagi ibu bapa yang tidak mempunyai penyata pendapatan atau bekerja sendiri.

*Sekiranya ibu bapa /penjaga tidak mempunyai slip gaji (bekerja sendiri)/tidak bekerja ( suri rumah /pesara/pencen/tiada punca pendapatan), adalah wajib untuk pemohon melengkapkan Borang Pengesahan Pendapatan yang disediakan di bawah.

 CARA MEMOHON

Bagi pemohon yang layak dan ingin membuat permohonan, anda boleh ke pautan di bawah untuk membuat permohonan:

Untuk membuat permohonan, pemohon perlulah membuat Permohonan Pra Pendaftaran terlebih dahulu, dan log masuk ke Yayasan Pelajaran Johor.

Anda juga boleh mengimbas QR Code yang berada di dalam poster untuk memohon pinjaman pelajaran dan bantuan pendaftaran ini.

Setelah selesai membuat permohonan, pemohon perlulah mencetak borang permohonan bersama dokumen wajib untuk dihantar ke Yayasan Pelajaran Johor.

CARA MENGHANTAR DOKUMEN PERMOHONAN DAN SOKONGAN

Berikut adalah cara untuk menghantar dokumen permohonan dan dokumen sokongan ke Yayasan Pelajaran Johor:

  • Susun dokumen permohonan mengikut senarai semak yang disediakan. Masukkan kesemua dokumen sokongan & permohonan kedalam sampul surat bewarna COKLAT bersaiz A4 dan seterusnya di gam dibahagian belakang dengan kemas.
  • Tuliskan Jenis Permohonan di PENJURU KANAN ATAS jenis permohonan yang di pohon, sama ada
    i) PINJAMAN
    ii) SKIM BANTUAN PENDAFTARAN (SBP)
  • Masuk ke dalam peti berkunci di pejabat YPJ. (Bagi yang memilih kaedah serahan tangan)
    Bagi yang memilih kaedah POS, dokumen yang telah dimasuk ke dalam sampul surat tersebut boleh di pos menggunakan kaedah POS yang mempunyai tracking number.
  • Adalah dimaklumkan bahawa, kesemua borang permohonan yang dihantar ke YPJ ke dalam peti berkunci akan dibiarkan selama 24 jam bagi tujuan sanitasi.
  • Permohonan yang dihantar melalui pos boleh dihantar terus ke alamat YPJ di bawah:

No. 15, Bangunan YPJ
Jalan Nuri, Larkin Jaya
Kg Dato’ Onn Jaafar
Karung Berkunci 711
80990 Johor Bahru
Johor
Tel: 07-2344355

Untuk makluman anda, permohonan ini dibuka sehingga 31 Ogos 2020. Borang permohonan pinjaman pelajaran ini tidak disediakan di Yayasan Pelajaran Johor.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh emelkan soalan anda di alamat www.ypj.gov.my.

Leave A Reply

Your email address will not be published.