RM163 Bantuan Caruman PERKESO Melalui Program SPS Prihatin Wanita

1,904

Usahawan wanita dan kaum wanita yang bekerja sendiri akan mendapat manfaat menerusi Program SPS Prihatin Wanita (SPW) iaitu kerajaan akan membayar sebanyak 70% daripada caruman iaitu sebanyak RM163.

Jadi, usahawan wanita dan wanita yang bekerja boleh menggunakan peluang yang ada untuk membuat caruman kerana terdapat pelbagai faedah yang diberikan kepada anda.

Baca juga: PERKESO: Pengecualian Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB) Kepada Majikan

PERATUS BAYARAN CARUMAN OLEH KERAJAAN

Kerajaan akan membayar:

  • 70% daripada caruman, iaitu RM163 setahun Pelan 2 SKSPS
  • 30% daripada caruman, iaitu RM69.80 setahun Pelan 2 SKSPS

TARIKH PERMOHONAN SPS PRIHATIN WANITA (SPW)

Anda boleh membuat permohonan Program SPS Prihatin Wanita (SPW) mulai:

  • 1 April hingga 31 Disember 2021

GOLONGAN SASARAN PROGRAM SPS PRIHATIN WANITA (SPW)

Golongan sasaran bagi Program SPS Prihatin Wanita (SPW) ialah:

  • Usahawan wanita
  • Wanita yang bekerja sendiri

RM163 Bantuan Caruman PERKESO Melalui Program SPS Prihatin Wanita

APA ITU SKIM KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI (SKSPS)?

Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri diwujudkan untuk memberi perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017.

Sebagai permulaan skim ini diwajibkan ke atas Sektor Pengangkutan Penumpang iaitu pemandu teksi, e-hailing dan pemandu bas di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 berkuatkuasa mulai 1 Jun 2017.

Mulai 1 Januari 2020, perlindungan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri telah diperluaskan kepada 19 sektor pekerjaan sendiri yang lain.

Baca juga: Inisiatif Caruman SPS Lindung PERKESO Untuk Orang Bekerja Sendiri (OBS) Sehingga 100% Bantuan Kerajaan

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Program SPS Prihatin Wanita (SPW), sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di:

Atau kunjungi pejabat PERKESO yang terdekat dengan anda.

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.