Jangan Lupa Ya! Renew Lesen Memandu & Road Tax Kenderaan Sebelum 31 Disember 2021

1,174

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diadakan akibat penularan pandemik Covid-19, orang ramai dikecualikan untuk membuat pembaharuan lesen memandu dan roadtax kenderaan.

Namun, setelah tiada lagi PKP dan kaunter JPJ telah dibuka, orang ramai diingatkan untuk renew semula lesen memandu dan roadtax kenderaan masing-masing sebelum 31 Disember 2021.

Dimanakah orang ramai boleh berurusan untuk renew lesen memandu dan road tax kenderaan? Semak disini ya!

TARIKH AKHIR RENEW LESEN MEMANDU & ROADTAX KENDERAAN

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) melalui perkongsian mereka di Twitter, mengingatkan orang ramai untuk renew lesen memandu dan roadtax kenderaan masing-masing sebelum tarikh berikut:

  • 31 Disember 2021

Ingat! Jangan tunggu saat akhir untuk perbaharui lesen memandu dan roadtax kenderaan masing-masing ya!

LOKASI RENEW LESEN MEMANDU & ROADTAX KENDERAAN

Semua rakyat Malaysia boleh perbaharui lesen memandu dan roadtax kenderaan disaluran berikut:

Dah Boleh Renew Roadtax Motor (Cukai Jalan) Motorsikal Di PUSPAKOM Oktober Ini. Walk In Je, Tak Perlu Temujanji

PERINGATAN MESRA JPJ

Orang ramai boleh rujuk Twitter JPJ mengenai pembaharuan lesen memandu dan roadtax yang dikongsikan ini:

Oleh itu, kalau tak nak kena saman, cepat-cepat renew lesen dan roadtax kenderaan anda dalam tempoh 61 hari iaitu sebelum 31 Disember 2021 ini ya!

Jangan lupa, hebahkan pada rakan-rakan yang lain. Mana tahu, mereka pun dah terlupa nak renew lesen memandu dan roadtax kenderaan mereka!

SUMBER

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.