Terlupa? Ini Cara Reset Password Dan ID iAkaun KWSP Yang Anda Perlu Tahu

2,295

Ramai kawan-kawan yang mohon pengeluaran iSinar telah membuat semakan dan status mereka adalah LULUS dan anda juga ingin membuat permohonan tetapi terlupa ID dan password iAkaun KWSP pula.

Sekiranya berlaku perkara seperti ini iaitu lupa ID dan password iAkaun, anda hanya perlu reset sahaja password dan ID iAkaun anda sahaja.

Untuk reset password dan ID iAkaun, anda hanya perlu ikuti langkah-langkah seperti yang dikongsikan melalui artikel ini sahaja.

Anda juga boleh dapatkan cara membuat permohonan pengeluaran iSinar disini sahaja sekiranya anda masih lagi belum membuat sebarang permohonan lagi.

SYARAT UNTUK RESET / TUKAR ID & PASSWORD iAKAUN KWSP

Untuk reset / tukar ID dan password iAkaun KWSP ialah:

  • Merupakan Ahli KWSP.
  • Mempunyai i-Akaun KWSP.
  • Mempunyai nombor telefon yang AKTIF dan BERDAFTAR dengan i-Akaun KWSP untuk urusan permohonan TAC.
Nota: Sekiranya anda belum membuat kemaskini nombor telefon bimbit, anda perlu hadir ke mana-mana kiosk KWSP yang terdekat untuk mengemaskini nombor telefon bimbit anda dengan segera untuk menerima nombor TAC. Rujuk sini untuk dapatkan cara mengemaskini nombor telefon bimbit di kiosk KWSP.

CARA-CARA RESET ID / PASSSWORD iAKAUN KWSP

Untuk reset ID dan password iAkaun KWSP anda, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  • Klik pautan berikut: https://www.kwsp.gov.my/ms/home
  • Pilih LOG MASUK ke i-Akaun (Ahli).
  • Klik LUPA ID PENGGUNA/KATA LALUAN?.
  • Pilih salah satu pilihan yang diberikan (ID Pengguna Sahaja / Kata Laluan Sahaja / ID Pengguna dan Kata Laluan).
  • Sila isi nombor kad pengenalan ahli atau nombor EPF (Nombor Ahli KWSP).
  • Klik pada pautan permohonan pautan permohonan TAC bagi mendapatkan nombor TAC.
  • Semak nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan untuk penerimaan TAC dan klik SAH.
  • Makluman TAC akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan akan dipaparkan. Klik TUTUP untuk teruskan.
  • Isikan 6 digit nombor TAC yang diterima melalui SMS dan Klik SETERUSNYA.
  • Cipta Kata Laluan Baru dan isi semula untuk pengesahan (8 – 20 aksara, kombinasi abjad dan nombor. Contoh: password123).
  • Skrin pengaktifan berjaya akan dipaparkan.
  • Log masuk untuk menggunakan i-Akaun anda.

Terlupa? Ini Cara Reset Password Dan ID iAkaun KWSP Yang Anda Perlu Tahu

KELEBIHAN i-AKAUN YANG ANDA AKAN PEROLEH

Berikut merupakan kelebihan-kelebihan yang bakal anda peroleh sekiranya anda mendaftar sebagai ahli i-Akaun KWSP.

  • Memohon e-Pengeluaran
  • Menyemak penyata KWSP secara online
  • Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran.
  • Mengemaskini profil seperti alamat dan lain-lain pada bila-bila masa.
  • Menyemak log aktiviti i-Akaun.
  • Menyemak aktiviti transaksi KWSP terkini.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Jika anda ingin dapatkan info selanjutnya mengenai iAkaun, iSinar dan perkara yang berkaitan KWSP, sila dapatkan di laman berikut:

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.