Cara Mohon Projek Rumah Kos Rendah & Sederhana Rendah Pahang

642

Ingin memiliki rumah sendiri tetapi kekurangan modal?

Kalau begitu, anda sebagai warga negeri Pahang boleh memohon Projek Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah Pahang mengikut syarat yang telah ditetapkan.

Jadi, jom kita lihat apakah syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon Projek Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah Pahang.

2 KATEGORI PROJEK RUMAH KOS RENDAH DAN SEDERHANA RENDAH PAHANG

Terdapat 2 kategori bagi permohonan rumah di negeri Pahang iaitu:

  • Perumahan Kos Rendah
  • Perumahan Kos Sederhana Rendah (Swasta)

SYARAT MOHON PROJEK RUMAH KOS RENDAH DAN SEDERHANA RENDAH PAHANG

Antara syarat yang telah ditetapkan untuk memohon Projek Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah Pahang adalah:

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan keutamaan adalah diberikan kepada rakyat Pahang
  • Pemohon atau suami/isteri pemohon tidak mempunyai tanah atau rumah atau kedua-duanya yang didaftarkan atas nama mereka
  • Pemohon tidak mendaftarkan nama dalam mana-mana Rancangan Pembangunan Tanah atau Rancangan Penempatan Semula yang dianjurkan kerajaan
  • Telah menetap di Pahang secara terus selama tidak kurang daripada lima tahun
  • Pemohon atau suami/isteri pemohon tidak pernah dibatalkan pendaftaran sebelum ini kerana memberi keterangan palsu
  • Tidak pernah diberikan pemilikan rumah kos rendah atau kos sederhana rendah
  • Jumlah pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM 3,000 sebulan:

    a) Perumahan kos rendah Berkahwin dan berumur 18 tahun ke atas Belum berkahein tetapi berumur 35 tahun ke atas
    b) Perumahan kos rendah/kos sederhana rendah (Swasta) Pemohon berumur 18 tahun ke atas

Bagaimana pula nak mohon setelah pemohon menepati syarat yang ditetapkan?

CARA MOHON PROJEK RUMAH KOS RENDAH DAN SEDERHANA RENDAH PAHANG

Anda boleh membuat permohonan seperti berikut:

Cara Mohon Projek Rumah Kos Rendah & Sederhana Rendah Pahang

  • Pilih menu permohonan dan pilih sama ada rumah kos rendah atau sederhana rendah.
  • Sila masukkan nombor kad pengenalan lama/nombor tentera atau polis/nombor kad pengenalan baru.
  • Klik Semak

Jangan lupa sediakan dokumen sokongan berikut semasa membuat permohonan ya!

  1. Satu salinan sijil kelahiran pemohon
  2. Dokumen bukti menetap di Pahang/surat pengesahan bermastautin di Pahang daripada JKKK/Penghulu
  3. Satu salinan MyKad atau kad pengenalan pemohon
  4. Satu salinan slip gaji/surat pengesahan pendapatan daripada JKK atau penghulu
  5. Surat akuan sumpah

Seterusnya hantar permohonan anda di alamat berikut:

Bahagian Perumahan,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang,
Tingkat 1, Wisma Sri Pahang,
25503 Kuantan

Atau dimana-mana kaunter Perumahan, Pejabat Daerah dan Tanah

Lepas buat permohonan, macam mana pula nak buat semakan?

CARA MEMBUAT SEMAKAN PERMOHONAN PERUMAHAN AWAM PAHANG

Anda boleh membuat semakan permohonan secara online dipautan berikut:

Cara Mohon Projek Rumah Kos Rendah & Sederhana Rendah Pahang

  • Masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik Semak
  • Keputusan permohonan akan dipaparkan.

Anda juga boleh membuat permohonan untuk memilik rumah idaman melalui pautan-pautan berikut:

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Projek Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah Pahang di saluran berikut:

  • 09-5129412 / 09-5129415 / 09-5129416 / 09-5156303

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.