SMUE 2.0: Baucer RM100 Warga Emas & OKU Cara Daftar Skim Mesra Usia Emas SMUE

3,834

Anda yang mempunyai ibu bapa atau ahli keluarga golongan OKU sila daftarkan mereka di bawah Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dengan segera. Ini kerana, semua ahli Skim Mesra Usia Emas (SMUE) akan menerima baucer membeli belah sebanyak RM100 pada bulan kelahiran mereka pada setiap tahun.

Bagaimanakah caranya untuk membuat pendaftaran untuk Skim Mesra Usia Emas (SMUE) seterusnya menerima baucer membeli belah RM100 setiap tahun?

Teruskan membaca perkongsian ini untuk dapatkan cara-cara mendaftar serta syarat kelayakan.

Baucer RM100 Warga Emas OKU Cara Daftar Skim Mesra Usia Emas SMUE

INFO RINGKAS SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)

Skim Mesra Usia Emas (SMUE) merupakan salah satu agenda Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor (MES) yang kini dikenali sebagai Inisiatif Peduli Rakyat (IPR).

  • Dilancarkan pada bulan Ogos 2008 dan secara rasmi mula beroperasi pada 1 Oktober 2008.
  • Sebelum ini SMUE dikenali sebagai sebuah skim khairat kematian untuk warga emas dan OKU yang layak dengan nilai sebanyak RM 2,500.
  • Mulai 1 Mei 2019, program khairat kematian telah dihentikan dan digantikan dengan pemberian manfaat semasa hidup untuk semua ahli yang berdaftar di bawah skim ini.
  • Ahli SMUE akan menerima baucer beli-belah bernilai RM100 dan program akan dijalankan di pasaraya-pasaraya yang terpilih di kawasan mereka.
  • Pemberian manfaat yang dikenali sebagai program Jom Shopping SMUE ini akan diberikan mengikut bulan kelahiran ahli tersebut.
Bagi tahun 2021 pula, terdapat penambahbaikan dalam SMUE 2.0 iaitu manfaat khairat kematian yang diwujudkan semula bermula pada Januari 2021.
Oleh yang demikian, bermula 1 Januari 2021, setiap ahli SMUE akan menerima 2 jenis manfaat iaitu baucar beli-belah RM 100.00 pada bulan kelahiran dan juga khairat kematian bernilai RM 500.00.

MANFAAT SMUE 2.0

Antara manfaat SMUE 2.0 ialah:

1. BAUCAR BELI BELAH RM100 (MANFAAT SEMASA HIDUP)

  • Ahli akan menerima baucar beli-belah RM 100 di pasaraya terpilih pada bulan kelahiran mereka. Penyerahan manfaat akan dibuat melalui pejabat Pusat Khidmat DUN.
  • Ahli dikehendaki untuk memastikan maklumat seperti nombor telefon dan yang berkaitan sentiasa dikemaskini bagi mengelakkan ahli terlepas daripada menerima manfaat.
  • Pengemaskinian maklumat boleh dibuat secara atas talian di e-mesra.yawas.my atau pergi saja ke Pusat Khidmat DUN yang terdekat atau pejabat YAWAS.

2. KHAIRAT KEMATIAN RM500 (MANFAAT SELEPAS KEMATIAN)

  • Tuntutan khairat kematian SMUE hanya boleh dibuat sekiranya simati dan nama pewaris telah didaftarkan di bawah SMUE sahaja.
  • Wang khairat kematian hanya dibayar secara one-off kepada nama pewaris yang didaftarkan di dalam sistem.
  • Pembayaran akan dibuat samada dalam bentuk tunai/cek oleh Pusat Khidmat DUN atau pindahan wang terus ke akaun pewaris. (rujuk Proses Tuntutan Wang Khairat Kematian)
  • Sekiranya nama simati belum didaftarkan, maka pewaris perlu membuat permohonan SMUE terlebih dahulu sebelum membuat tuntutan khairat kematian di atas nama simati. (Sila rujuk syarat-syarat permohonan SMUE untuk lebih lanjut)
  • Permohonan selepas kematian hendaklah dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh simati meninggal dunia. (tertakluk bagi kematian mulai 1 Januari 2021 sahaja)

SMUE 2.0: Baucer RM100 Warga Emas & OKU Cara Daftar Skim Mesra Usia Emas SMUE

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)

Sebelum membuat permohonan, sila semak dahulu syarat kelayakan yang dinyatakan oleh YAWAS seperti berikut:

SYARAT KELAYAKAN UNTUK WARGA EMAS

  • Warganegara Malaysia berumur 60 tahun dan ke atas.
  • Lahir dan sedang menetap di Negeri Selangor;.
  • Lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1/2/1974 dan sedang menetap di Negeri Selangor atau Wilayah Persekutuan.
  • Bukan kelahiran di Negeri Selangor dan sedang bermastautin di Negeri Selangor secara sah sekurang-kurangnya 15 tahun.
    **(Perlu dapatkan cop pengesahan taraf mastautin daripada pegawai pengesah di kawasan tempat tinggal pemohon sahaja).
  • Alamat tempat tinggal dalam MyKad pemohon mestilah di Negeri Selangor sahaja.

SYARAT KELAYAKAN UNTUK OKU

  • Warganegara Malaysia.
  • Lahir dan sedang menetap di Negeri Selangor (tiada had umur).
  • Bukan kelahiran di Negeri Selangor dan sedang bermastautin di Negeri Selangor secara sah sekurang-kurangnya 15 tahun.
    **(Perlu dapatkan cop pengesahan taraf mastautin daripada pegawai pengesah di kawasan tempat tinggal pemohon sahaja).
  • Alamat tempat tinggal dalam MyKad pemohon mestilah di Negeri Selangor sahaja.

SYARAT KELAYAKAN SELEPAS KEMATIAN

  • Didaftarkan oleh pewaris (rujuk Senarai Pewaris Terdekat)
  • Kematian bermula (1 Januari 2021)
  • Permohonan mestilah dalam tempoh 6 bulan selepas kematian

Senarai jawatan Pegawai Pengesah yang dibenarkan untuk mengesahkan taraf mastautin pemohon adalah seperti berikut:

  • Ahli Parlimen/ Senator
  • ADUN / Pengerusi JK Penyelaras DUN
  • Penghulu / Ketua Kampung
  • Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan
  • Pengerusi Taman Perumahan
  • Nazir Masjid / Pengerusi Surau / Ketua Tokong / Ketua Kuil / Ketua Gereja

CARA DAFTAR SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)

Untuk mendaftar Skim Mesra Usia Emas (SMUE) anda perlu:

  • Dapatkan borang permohonan di seluruh pejabat Pusat Khidmat DUN di Negeri Selangor.
  • Isikan borang tersebut dan lampirkan bersama dokumen sokongan untuk lengkapkan permohonan anda.

DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)

Sertakan bersama dokumen sokongan berikut semasa menghantar borang permohonan anda:

1. Salinan MyKad Pemohon.

2. Salinan Kad OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat (untuk pemohon OKU).

3. Bagi pemohon yang tinggal dalam sebuah pertubuhan / rumah kebajikan, berikut adalah dokumen tambahan yang diperlukan:

  • Salinan dokumen pendaftaran pertubuhan
  • Surat kuasa daripada pemohon memberi kebenaran kepada pertubuhan mewakili bagi pihak pemohon dalam urusan berkaitan manfaat dalam program ini
  • Perlu hantar borang permohonan di pejabat YAWAS dan disahkan oleh pegawai YAWAS dengan merujuk kepada dokumen sebenar

CARA PERMOHONAN SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)

Untuk membuat permohonan, anda perlu:

  • Klik: mesra.yawas.my
  • Bagi permohonan secara manual, pemohon boleh mendaftar di pejabat Pusat Khidmat DUN yang terdekat (dalam kawasan Negeri Selangor sahaja).
  • Permohonan yang dibuat secara atas talian pula, pemohon perlu mencetak borang permohonan selepas selesai pendaftaran dibuat
  • Setiap permohonan yang dibuat (manual atau atas talian) perlu melampirkan dokumen sokongan yang diperlukan dengan lengkap. (Rujuk maklumat di Senarai Dokumen Sokongan)
  • Kegagalan menghantar dokumen yang lengkap akan menyebabkan permohonan tidak lengkap sekaligus melambatkan proses penerimaan manfaat
  • Permohonan yang dibuat secara atas talian (online), borang dan dokumen sokongan hendaklah dihantar dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan online dibuat.
  • Borang dan dokumen sokongan boleh dihantar di:
    – Pusat Khidmat DUN berdekatan kawasan tempat tinggal atau
    Pejabat YAWAS
  • Muat turun borang permohonan anda dengan klik pautan di bawah:

BORANG PERMOHONAN

SEMAKAN PERMOHONAN SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)

Untuk membuat semakan pula, anda hanya perlu:

SMUE 2.0: Baucer RM100 Warga Emas & OKU Cara Daftar Skim Mesra Usia Emas SMUE

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di saluran berikut:

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.