Susah Nak Menyimpan Dalam ASB? Apa Kata Cuba Setkan Potongan Simpanan Bulanan Melalui Auto Labur ASB

1,457

Pernahkah anda menyimpan wang dalam akaun ASB atau anda tidak pernah mempunyai akaun ASB?

Dalam keadaan sekarang ini apa kata anda belajar untuk menyimpan wang simpanan hasil kerja anda untuk kegunaan akan datang.

Terdapat pelbagai cara untuk membuat simpanan terutamanya di dalam ASB.

Pihak ASB melalui portal mereka telah membuat perkongsian bagaimana untuk setkan potongan wang anda setiap bulan iaitu dengan menggunakan sistem Auto Labur ke dalam akaun ASB tanpa anda perlu ke kaunter untuk membuat simpanan dan semestinya ianya memudahkan anda.

simpanan

Apa Itu Auto Labur?

Auto Labur membolehkan pelabur ASNB menetapkan pelaburan secara automatik setiap bulan menerusi Portal myASNB (www.myasnb.com.my). Buat masa ini, tabung unit amanah ASNB yang dibenarkan bagi kemudahan Auto Labur ialah Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Bilakah Arahan Auto Labur Saya Akan Mula Diaktifkan?

Arahan Auto Labur akan diaktifkan dalam masa 48 jam.

Sebaik sahaja diaktifkan, pelaburan bulanan yang anda tetapkan akan berkuat kuasa secara automatik mengikut tarikh yang dipilih.

Cara-Cara Set Auto Labur ASB

Berikut adalah 6 langkah untuk anda setkan potongan ASB anda.

1. Login MYASNB

Mula-mula anda perlu login portal MyASNB.

Keluar paparan seperti di bawah ni, klik menu Auto Labur.

autolabur1

2. Klik Pendaftaran

Kemudian klik ‘Pendaftaran’ untuk langkah seterusnya.

autolabur2

3. Isikan Maklumat Pelaburan Bulanan Yang Ingin Dibuat Melalui Potongan Terus

Setkan berapa nilai pelaburan (jumlah yang ingin dipotong terus melalui akaun bank) setiap bulan.

  • Jenis Unit Amanah
  • Jumlah potongan (minima RM30 sebulan)
  • Tarikh pemotongan setiap bulan
  • Nama Bank

Jenis Unit Amanah

autolabur3

Jumlah Potongan

autolabur4

Tarikh Pemotongan Setiap Bulan

autolabur5

Nama Bank

autolabur6

4. Tick Pada Terma Dan Syarat
Setelah semua disetkan, semak dan tandakan tick pada kotak Terma dan Syarat.

autolabur7

5. Isi Maklumat Perbankan

Seterusnya, isi maklumat perbankan yang dipilih untuk melengkapkan langganan.

Anda akan dibawa ke portal perbankan bank yang dipilih untuk meneruskan pendaftaran Auto Labur.

autolabur8

6. Terima Resit Transaksi

Setelah anda berjaya mendaftarkan bank, anda akan menerima resit transaksi seperti di bawah.

Caj RM1 akan ditolak dari akaun bank bagi proses pengesahan. Jumlah ini akan dikreditkan semula ke dalam akaun ASNB setelah pendaftaran Auto Labur ini berjaya.

autolabur9

Jumlah unit akan dikreditkan ke akaun ASB anda dalam tempoh 5 hari bekerja selepas tarikh pilihan anda.

Sangat mudah bukan untuk membuat simpanan anda dalam ASB? Segalanya terdapat dihujung jari anda sahaja.

Maklumat Lanjut Auto Labur ASNB

Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut atau mempunyai persoalan berkaitan Auto Labur, anda boleh terus ke portal rasmi MyASNB iaitu : https://www.myasnb.com.my/

Sumber :

  • MyAsnb
  • siraplimau.com

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.