TAPEM Tawar Pinjaman Wang Pengajian Tinggi

0 538

Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) telah membuka permohonan untuk Pinjaman Wang Pengajian Tinggi kepada para pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tingga Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan.

Pelajar yang berminat boleh mengikuti perkongsian ini untuk menyemak syarat kelayakan dan cara untuk memohon permohonan.

 SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan untuk membuat permohonan Pinjaman Wang Pengajian Tinggi:

  • Pemohon lahir di Negeri Melaka dan
  • Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Melaka dan
  • Menetap di dalam Negeri Melaka dan
  • Pengundi di Negeri Melaka
  • Telah diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang tersenarai dalam tajaan Tabung Amanah PendidikanNegeri Melaka (TAPEM) sahaja.
  • Pemohon layak dipertimbangkan jika ibu bapa merupakan penjawat awam atau anggota pasukan beruniform yang telah berkhidmat dan bermastautin lebih 10 tahun di Negeri Melaka serta disahkan oleh majikan atau ADUN kawasan.
  • Pemohon yang ibu bapanya bukan warganegara Malaysia tidak layak memohon.

PERJANJIAN

Pelajar yang menerima tawaran pinjaman perlu menandatangani Surat Perjanjian beserta dua (2) orang penjamin.

PEMBAYARAN BALIK

Berikut adalah maklumat mengenai pembayaran balik pinjaman:

  • Selepas 6 bulan tamat tempoh pengajian, pelajar-pelajar akan diberi surat jadual pembayaran balik sepenuhnya pinjaman yang diterima mengikut kadar dan tempoh yang ditetapkan
  • Pelajar-pelajar yang gagal/diberhentikan atau meninggalkan pengajian dikehendaki membayar balik sepenuhnya dengan serta merta jumlah pinjaman yang diterima
  • Sebarang rayuan mengenai pinjaman tertakluk kepada pertimbangan Lembaga. Keputusan Lembaga adalah muktamad.

KADAR PINJAMAN

Kadar pinjaman yang telah ditawarkan adalah berbeza mengikut jenis IPT dan program pengajian. Kadar pinjaman boleh disemak melalui pautan di bawah:

SENARAI IPT YANG LAYAK

Individu yang ingin membuat permohonan boleh menyemak senarai IPT yang layak di pautan di bawah untuk memohon pinjaman:

CARA MEMOHON

Berikut adalah cara untuk mengemukakan permohonan Pinjaman Wang Pengajian Tinggi:

  • Permohonan perlu dibuat secara atas talian dengan memilih pautan e-TAPEM di laman web https://tapem.melaka.gov.my atau terus ke alamat  https://tapemonline.melaka.gov.my.
  • Pemohon perlu mencetak permohonan yang dibuat secara atas talian dan melampirkan dokumen-dokumen yang diperlukan (rujuk muka depan borang permohonan yang telah dicetak).
  • Borang permohonan yang lengkap berserta dokumen-dokumen telah telah disahkan oleh Wakil Rakyat/ Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas/ Penghulu/Pengerusi Japerun/ Pengerusi MPKK atau Sidang hendaklah dihantar ke pejabat TAPEM sebelum atau pada tarikh tutup tawaran.
  • Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

Sekiranya pemohon mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui dengan lebih lanjut, boleh ke alamat berikut atau menghubungi talian berikut:

  • Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka TAPEM
    No 34-4, Tingkat 4, Bangunan Kota Cemerlang
    Hang Tuah Jaya, 75450 Lebuh Ayer Keroh
    Melaka
  •  +606-333 3333 x 3201/02/03/05/06/07/10
  • +606-2331450

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.