Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2022. Rujuk Jadual Ini

12,452

Tahun 2021 bakal melabuhkan tirainya. Untung penjawat awam kerana bakal menerima bonus sebanyak RM700 dan pesara kerajaan pula akan terima sebanyak RM350.

Untuk memudahkan para penjawat awam, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) telah mengeluarkan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 5 Tahun 2021 yang bertajuk Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan bagi Tahun 2022 dan jadual tarikh gaji mengikut bulan bagi 2022.

Seterusnya, rujuk jadual gaji tahun 2022 menerusi perkongsian ini.

JADUAL TARIKH PEMBAYARAN GAJI PENJAWAT AWAM 2022

Sebelum itu, tujuan Surat Pekeliling dikeluarkan adalah dengan tujuan untuk memaklumkan kepada penjawat awam mengenai:

  • Tarikh pembayaran gaji penjawat awam bagi tahun 2022
  • Peraturan yang perlu dipatuhi oleh setiap Kementerian / Jabatan bagi memastikan penyediaan gaji dapat diuruskan dengan sempurna dan gaji dibayar mengikut tarikh yang ditetapkan oleh ANM.

JADUAL GAJI 2022

Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2022. Rujuk Jadual Ini

SURAT PEKELILING AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA BAGI TARIKH GAJI PENJAWAT AWAM 2021

Anda boleh dapatkan Surat Pekeliling berkaitan bayaran gaji penjawat awam 2022 seperti berikut :

Nota : Surat Pekeliling ini berkuat kuasa mulai pada tarikh ianya dikeluarkan.

Jadi, rancanglah kewangan anda dengan sebaiknya. Malahan, anda juga boleh membuat perancangan untuk bercuti dan sesuaikan dengan tarikh cuti seperti yang didapati dipautan ini. 

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia dan jadual tarikh bayaran gaji, sila rujuk :

  • Pengarah
    Bahagian Pengusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)
    Jabatan Akauntan Negara Malaysia
    Aras 3, Perbendaharaan 2
    No.1, Persiaran Perdana
    62594, Presint 2
    Putrajaya
    u.p. : Unit Pengurusan Prestasi
  • Emel : [email protected]
  • Telefon : 03 – 8886 1624/1612/1622/1611

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.