Tawaran Biasiswa Anak Yatim Yayasan Pahang 2020 Dengan Tajaan RM7,000 Setahun

0 581

Yayasan Pahang mempelawa calon-calon yang yang ingin melanjutkkan pengajian di institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam negara untuk membuat permohonan.

Biasiswa anak yatim ini diwujudkan bagi memberi peluang akses pendidikan yang sama rata kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang merupakan anak yatim piatu yang miskin bagi melanjutkan pengajian ke peringkat tertiari.

Melalui biasiswa ini, ianya dapat membantu memperbaiki taraf hidup anak yatim piatu yang miskin dalam meringankan masalah kewangan akibat kemiskinan dan tiada tempat bergantung.

Ikuti perkongsian ini untuk menyemak syarat kelayakan dan cara permohonan biasiswa anak yatim ini.

TEMPOH PERMOHONAN

Tempoh permohonan bagi bagi tawaran biasiswa Anak Yatim ini telah dibuka mulai 19 Ogos 2020 sehingga 9 September 2020. Pemohon yang berminat boleh mengemukakan permohonan anda.

KADAR TAJAAN

Kadar tajaan adalah sebanyak RM7,000.000 setahun yang merangkumi yuran pengajian dan sara hidup. Tajaan biasiswa ini ditawarkan kepada pelajar yang akan melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan syarat kelayakan untuk membuat permohonan:

  • Anak Negeri Pahang Darul Makmur.
  • Pemohon, ibu dan bapa dilahirkan di Negeri Pahang;
  • Pemohon merupakan anak yatim piatu yang telah kematian ibu dan bapa serta mempunyai ramai adik beradik yang masih bersekolah.
  • Pendapatan kasar isi rumah penjaga tergolong dalam kumpulan B40 iaitu berpendapatan RM 3,860 sebulan dan kebawah.
  • Pemohon mestilah memiliki kelulusan SPM atau STPM atau STAM Tahun 2019 seperti berikut:
    • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) – Minimum lima (5) kepujian
    • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) – Minimum CGPA 2.50
    • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) – Minimum Jayyid Jiddan
  • Pemohon mestilah telah menerima surat tawaran / tempat dari IPTA sahaja dalam negara secara sepenuh masa.
  • Mempunyai taraf kesihatan dan sahsiah yang baik

DOKUMEN YAG DIPERLUKAN

Berikut merupakan dokumen-dokumen yang telah disahkan benar yang diperlukan bersama borang permohonan:

  • Surat Tawaran kemasukan ke IPTA.
  • Kad Pengenalan dan Surat Beranak pemohon .
  • Kad Pengenalan ibu/bapa.
  • Sijil Kematian ibu dan bapa.
  • Keputusan peperiksaan SPM/STPM/STAM tahun 2019.
  • Penilaian kegiatan kokurikulum tahun 2019.
  • Sijil-sijil berhenti sekolah dan persekolahan serta lain-lain sijil berkaitan.

CARA PERMOHONAN

Bagi calon yang berminat dan memenuhi kelayakan, pemohon boleh membuat permohonan dengan mencetak borang permohonan di bawah serta melengkapkan borang permohonan.

BORANG PERMOHONAN BIASISWA ANAK YATIM TAHUN 2020

Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta dokumen-dokumen yang berkaitan perlulah dihantar sebelum atau pada 9 September 2020 di alamat berikut:

YAYASAN PAHANG
Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur
26060 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tel: 09-5181800 Faks: 09-5181888

Jika terdapat sebarang pertanyaan, pemohon boleh berhubung terus dengan Yayasan Pahang seperti alamat dan talian telefon di atas atau pemohon boleh terus ke laman web Yayasan Pahang iaitu www.yp.org.my atau emelkan soalan anda ke alamat [email protected].

 

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.