Tawaran Permohonan Tabung Pendidikan Sarjana PDT (TPSPDT) bagi tahun 2020 Kini Dibuka

0 614

Tabung Pendidikan Permodalan Darul Ta’zim (PDT) merupakan satu inisiatif Kerajaan Negeri Johor, bermula Tahun 2016 dalam usaha membangunkan modal insan di negeri ini.

Tabung pendidikan ini diperkenalkan untuk membantu meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan melalui pemberian kewangan secara one-off.

Bantuan RM10,000 bagi calon yang layak dan sedang menjalani Program Ijazah Sarjana (Masters) di IPTS Tempatan. Mulai Tahun 2017 Tabung Pendidikan ini diuruskan bersama Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor.

Bantuan kewangan akan diberikan kepada mereka yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana serta menepati syarat-syarat kelayakan.

Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui syarat kelayakan dan cara permohonan dilakukan.

SYARAT-SYARAT AM PERMOHONAN

Berikut merupakan syarat permohonan bagi Tabung Pendidikan Sarjana Permodalan Darul Takzim 2020:

  • Terbuka kepada pelajar peringkat pengajian ijazah SARJANA yang mengikuti mod kursus sama ada melalui kerja kursus/penyelidikan/ campuran secara SEPENUH atau SEPARUH MASA di Institusi Pengajian Tinggi Awam SAHAJA.
  • Pemohon MESTILAH menetap di negeri Johor.
  • KEUTAMAAN adalah kepada pemohon yang LAHIR di negeri Johor.
  • TIADA HAD umur ditetapkan.
  • Bagi pemohon yang TIDAK BEKERJA : sekiranya pemohon/keluarga berdaftar dengan “e-kasih” maka pemohon perlu mendapatkan pengesahan dari Pejabat Daerah berhampiran, sekiranya tidak berdaftar, pendapatan isi rumah keluarga adalah TIDAK MELEBIHI RM4,000.00 sebulan dan perlu disahkan oleh Wakil Rakyat : Ahli Parlimen/ADUN kawasan.
  • Pemohon yang sedang BEKERJA, pendapatan isi rumah pemohon adalah TIDAK MELEBIHI RM 4,000 sebulan.
  • Tempoh mengikuti pengajian Sarjana MESTILAH BERBAKI LEBIH 2 SEMESTER dari tempoh permohonan.
  • BELUM PERNAH MENERIMA bantuan Tabung Pendidikan Sarjana PDT atau mana-mana bantuan kewangan pendidikan daripada Yayasan Pelajaran Johor dan/atau agensi Kerajaan Negeri Johor.
  • Penerima bantuan Tabung Pendidikan Sarjana PDT adalah diwajibkan untuk menyertai program anjuran Permodalan Darul Ta’zim selama lima (5) tahun iaitu dari tarikh bantuan diterima.

DOKUMEN-DOKUMEN WAJIB

Berikut merupakan dokumen-dokumen wajib dan perlu mendapat pengesahan daripada pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Penghulu:

  • Dokumen sokongan pemohon menetap di negeri Johor (Alamat di dalam Kad Pengenalan/Sijil tamat sekolah rendah dan menengah)
  • Salinan sah surat tawaran kemasukan ke universiti awam.
  • Salinan sah Kad Pengenalan pemohon, Ibu bapa dan/atau penjaga dan pasangan (jika berkahwin)
  • Salinan sah slip gaji pemohon (jika berkahwin- slip gaji pasangan), slip gaji ibu bapa/penjaga atau peyata pesara ibu bapa/penjaga atau akuan bersumpah pengesahan pendapatan ibu bapa/penjaga/pasangan (jika tiada slip gaji)
  • Salinan transkrip akademik/keputusan peperiksaan terkini
  • Sijil kematian/penceraian (jika berkaitan)
  • Sijil-sijil penyertaan program/aktiviti di peringkat negeri (jika ada)

CARA MEMOHON

Bagi individu yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan di bawah anda boleh memuat turun borang permohonan di pautan di bawah dan hantarkan ke emel berikut :

Untuk makluman anda, permohonan anda perlulah dibuat sebelum 1 September 2020. Tarikh tutup permohonan adalah pada 1 September 2020. Setiap permohonan perlulah disertakan bersama dokumen – dokumen wajib berserta borang pengesahan gaji jika ibu bapa/penjaga/pasangan bekerja sendiri.

BORANG PERMOHONAN TABUNG PENDIDIKAN SARJANA PDT 2020

BORANG PENGESAHAN PENDAPATAN

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.