Tawaran Program Penajaan Pengajian Tertiari (TESP) 2020

0 671

Program Penajaan Pengajian Tertiari adalah program penajaan berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pelajar lepasan STPM 2019, Matrikulasi, Asasi,  Diploma dan setaraf yang telah ditawarkan pengajian peringkat Ijazah Pertama dalam bidang dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terpilih bagi sesi kemasukan Ogos 2020.

Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama juga boleh memohon.

Ikuti perkongsian ini untuk menyemak syarat kelayakan dan cara permohonan ke Program Penajaan Pengajian Tertiari.

TEMPOH PERMOHONAN

Tempoh permohonan akan dibuka selama 5 hari bermula 27 Ogos 2020, Khamis pada  jam 10.00 pagi hingga 13 November 2020, Jumaat, jam 4.00 petang.

SYARAT UMUM

Antara syarat umum bagi program Program Penajaan Pengajian Tertiari (TESP) adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Pemohon serta salah seorang ibu atau bapa bertaraf Bumiputera
  • Memenuhi syarat kelayakan Status Sosio-Ekonomi (SES) keluarga yang
    ditetapkan oleh MARA dengan jumlah pendapatan bercukai ibubapa adalah tidak melebihi RM180,000 setahun. Bagi yang berkhidmat di Luar Negara atau bekerja sendiri, purata pendapatan bulanan mestilah RM 15,000 dan ke bawah.
  • Ibu dan bapa/penjaga serta pelajar tidak disenarai hitam oleh MARA.
  • Tidak pernah menerima pinjaman bagi peringkat pengajian yang sama.
  • Bebas daripada penyakit kronik / berjangkit / penyakit yang memerlukan rawatan susulan.
  • Had umur pemohon adalah tidak melebihi 40 tahun semasa permohonan dibuat.

SYARAT AKADEMIK

Berikut merupakan syarat-syarat akademik yang perlu dipenuhi oleh pemohon:

  • Pelajar Baharu
    • Mendapat CGPA > 2.75 di peringkat Asasi / Matrikulasi / Persediaan / STPM serta setaraf;
    • Telah mendapat tawaran/mendaftar di IPT bermula Ogos 2020.
  • Pelajar Sedia Ada
    • Mendapat CGPA > 2.75 bagi semester terdahulu; DAN
    • Mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu (1) tahun.
  • Lain-Lain Syarat
    • Lulus dengan kepujian dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat SPM.
    • Kelayakan akademik bagi program perubatan, pergigian dan farmasi mestilah memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh badan-badan profesional.

BIDANG DAN SUB BIDANG

Berikut adalah bidang dan sub bidang yang ditetapkan oleh pihak MARA:

SENARAI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT) TERPILIH

  • Universiti Awam
  • Government Linked University (GLU)
    • UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS
    • UNIVERSITI TENAGA NASIONAL
    • UNIVERSITI MULTIMEDIA
  • Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
    • ASIA PACIFIC UNIVERSITY OF TECHNOLOGY & INNOVATION
    • ASIAN INSTITUTE OF MEDICINE, SCIENCE AND TECHNOLOGY
    • BERJAYA UNIVERSITY
    • CITY UNIVERSITY
    • HELP UNIVERSITY
    • INFRASTRUCTURE UNIVERSITY KUALA LUMPUR
    • INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY
    • INTI INTERNATIONAL UNIVERSITY
    • KDU UNIVERSITY COLLEGE
    • KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR
    • LINCOLN UNIVERSITY COLLEGE
    • MAHSA UNIVERSITY
    • MANAGEMENT & SCIENCE UNIVERSITY
    • NILAI UNIVERSITY
    • PERDANA UNIVERSITY
    • SEGI UNIVERSITY COLLEGE
    • SUNWAY UNIVERSITY
    • TATI UNIVERSITY COLLEGE
    • TAYLORS UNIVERSITY
    • TWINTECH INTERNATIONAL UNIVERSITY COLLEGE OF TECHNOLOGY
    • UCSI UNIVERSITY
    • UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH
    • UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN
    • UNIVERSITY OF CYBERJAYA
    • AL MADINAH INTERNATIONAL UNIVERSITY
    • CURTIN UNIVERSITY SARAWAK MALAYSIA
    • MONASH UNIVERSITY MALAYSIA
    • NEWCASTLE UNIVERSITY MEDICINE MALAYSIA
    • SWINBURNE UNIVERSITY OF TECHNOLOGY SARAWAK CAMPUS
    • UNIVERSITY OF NOTTINGHAM MALAYSIA

CARA PERMOHONAN

Pemohon yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan boleh membuat permohonan secara atas talian di pautan yang telah disediakan bermula 27 Ogos 2020 pada pukul 10:00 pagi sehingga 13 November 2020 pukul 4 petang.

Pemohon yang ingin mengemukakan permohonan, perlulah mengisi maklumat yang diminta dengn lengkap dan tepat. Sekiranya pemohon didapati memberi maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pinjaman.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh menghubungi di talian berikut 03-2613 2051 / 2024 / 2518 / 2059 / 2100 / 2069 / 2070 atau emelkan di [email protected].

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.