Tips Pemilihan Pakaian Yang Sesuai Bagi Calon Wanita Menghadiri Temu Duga

0 1,264

Pemakaian sangat penting ketika anda ingin menghadiri temuduga. Pakaian anda merupakan perkara pertama yang dilihat oleh penel penemuduga sebelum anda bersuara.

Selain itu, setiap syarikat ataupun organisasi memiliki kod pakaian masing-masing. Ada sesetengah memerlukan anda untuk sentiasa berpakaian formal manakala ada yang membolehkan ada untuk berpakaian kasual untuk waktu-waktu tertentu.

Oleh itu, pakaian juga penting bagi kerana ia merupakan salah satu aspek yang ditekankan oleh panel penemuduga.

BERBAJU KURUNG

Umum mengetahui, baju kurung merupakan pakaian yang sesuai dan selamat untuk dikenakan ketika menghadiri temuduga. Namun, terdapat beberapa panduan dan ciri-ciri yang diperlukan untuk memakai baju kurung.

  • Baju kurung yang sesuai adalah kain polos (plain), berjalur ataupun bertekstur.
  • Pakailah baju kurung yang bertona lembut atau gelap.
  • Pilih fabrik yang sesuai seperti linen, sb line, thai silk dan juga kapas.
  • Pilih baju kurung yang terletak kemas dan rapi pada badan anda.
  • Elakkan daripada mengenakan fabrik nipis, lembut dan beralun-alun seperti shifon dan satin.
  • Elakkan pemilihan corak seperti binatang atau bercorak besar.
  • Elakkan memakai baju yang terlalu ketat dan mendedahkan bahagian yang tidak sepatutnya.
  • Elakkan memakai baju kurung yang mempunyai terlalu banyak warna. Hadkan warna pada baju kurung anda.

PAKAIAN FORMAL ATAU SUIT

Terdapat beberapa panduan jika calon memilih untuk mengenakan suit atau memakai pakaian formal ketika mengadiri temuduga:

  • Memilih suit yang berwarna warna-warna neutral seperti kelabu, biru gelap, coklat, hitam ataupun krim.
  • Pilih blazer, skirt atau seluar yang sesuai seperti plain, berjalur ataupun bertekstur halus.
  • Elakkan memakai suit yang ketat, sendat dan pendek.
  • Hindarkan memakai kemeja atau blouse yang singkat di atas paras punggung sehingga bahagian-bahagian tertentu terdedah.
  • Memilih kemeja atau blose yang mempunyai potongan konservatif.
  • Elakkan daripada memakai potongan blazer dan blouse yang terlalu fancy dan berfesyen kerana ia menunjukkan anda tidak serius dan tidak profesional.
  • Elakkan memakai skirt yang terlalu kembang di bawah.
  • Pastikan anda memilih skirt atau seluar daripada fabrik suitting supaya terletak kemas dan rapi.

EKSESORI

Selain daripada pakaian, eksesori juga memainkan peranan penting selepas pakaian anda.

Tips pemilihan aksesori yang sesuai untuk menghadiri temuduga:

  • Elakkan daripada memakai aksesori yang besar, berbunyi, berkilauan dan bergerak-gerak kerana ianya akan mengganggu tumpuan anda dan penemuduga.
  • Pastikan tudung yang dipakai selesa, terletak kemas dan tidak bergerak-gerak.
  • Bagi calon yang tidak memakai tudung, pastikan gaya rambut anda diikat dengan kemas, memakai sepit atau bersanggul kemas.
  • Plih solekan yang ringkas, minimum dan kemas dan tidak keterlaluan.
  • Memakai pump shoes atau kasut kerja.
  • Elakkan memakai kasut yang menampakkan jari kaki anda atau belakang kaki anda.
  • Pilihlah kasut yang berada dalam keadaan bersih, tidak calar atau kemas.
  • Pakailah wangi-wangian dan pastikan tidak berlebihan ketika menghadiri temuduga untuk mengelakkan penemuduga tidak selesa dengan kehadiran anda.

Semoga perkongsian ini membantu calon wanita untuk menghadiri temuduga dengan penuh keyakinan dan berketerampilan. Pastikan anda memakai pakaian yang selesa dan tidak menggangu konsentrasi anda ketika sesi temuduga berlangsung.

Selamat Maju Jaya diucapkan kepada anda yang bakal menghadiri temuduga.

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.