Tuntutan Perjalanan Pesara Awam Persekutuan Ke Hospital Tujuan Rawatan

1,267

Pesara awam persekutuan sebenarnya boleh membuat tuntutan perjalanan bagi tujuan mendapatkan rawatan di hospital kerajaan berpakar sepertimana yang telah dimaklumkan oleh Bahagian Pasca Perkhidmatan (PENCEN).

Baca juga: Semak Pencen Online Sahaja Guna Apps. Jom Download MyPesara Di Handphone Mak Ayah Sekarang

Pesara awam persekutuan mempunyai pelbagai faedah selain daripada mempunyai bayaran pencen sebanyak setengah gaji berdasarkan gaji akhir sebelum berpencen, malah turut menerima bonus seperti penjawat awam yang lain. Cuma jumlah bayarannya sahaja agak berbeza.

SYARAT KELAYAKAN TUNTUTAN PERJALANAN PESARA AWAM PERSEKUTUAN KE HOSPITAL

Untuk membuat tuntutan perjalanan pesara awam persekutuan ke hospital, syarat yang ditetapkan ialah:

  • Tuntutan adalah terhad kepada jarak perjalanan melebihi 25 km daripada rumah kediaman ke Hospital Kerajaan berpakar yang dirujuk oleh hospital/ klinik Kerajaan berhampiran rumah kediaman.
  • Tuntutan ini tidak termasuk tuntutan rawatan dialisis yang berjadual.
  • Pesara atau keluarga yang perlu mendapat rawatan dari pegawai-pegawai perubatan ditempat lain.
Nota: Tuntutan ini adalah untuk Pesara Awam Persekutuan yang tanggungan perubatan serta rawatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (Persekutuan).

DOKUMEN SOKONGAN UNTUK TUNTUTAN PERJALANAN PESARA AWAM PERSEKUTUAN KE HOSPITAL

Pesara perlu mengemukakan permohonan tuntutan beserta dokumen sokongan berikut untuk melengkapkan permohonan anda dalam tempoh 12 bulan dari tarikh perjalanan:

Tuntutan Perjalanan Pesara Awam Persekutuan Ke Hospital Tujuan Rawatan

  • Surat rujukan daripada Pakar Perubatan Kerajaan yang merujuk pesara Awam Persekutuan ke Hospital Kerajaan berpakar. Contoh: Surat rujukan daripada pakar perubatan Kerajaan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk pesakit mendapatkan rawatan lanjut di Institut Jantung Negara.
  • Dokumen asal SLIP KEHADIRAN semasa mendapatkan rawatan di hospital Kerajaan berpakar.
  • Salinan Kad Pesara
  • Salinan Kad Pengenalan Pesara
  • Salinan Kad Pengenalan Pesakit (bagi tanggungan pesara Awam Persekutuan yang layak menerima rawatan percuma).
  • Resit asal tol, parking (jika memandu sendiri), resit tiket bas/ kereta api, kapal terbang (untuk pesakit yang menggunakan pengangkutan awam).

Hantar permohonan beserta dokumen anda ke:

  • Jabatan Perkhidmatan Persaraan
    Kumpulan Wang Persaraan (KWAP)
    Aras 2, SkyTech Tower 2
    MKN Embassy Techzone
    Jalan Teknokrat 2, Cyber 4
    63000 Cyberjaya, Selangor
  • Telefon: 03-8887 8777

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai tuntutan perjalanan ke hospital mendapatkan rawatan oleh pesara awam persekutuan di:

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.