Buat 5 Cara Ini Kalau Terlepas Interview Kerana Kenderaan Rosak Ditengah Jalan

1,019

Segala persiapan telah dibuat untuk hadir temuduga seperti pakaian yang sesuai, rambut yang kemas, kasut yang sesuai dan bersih dan penyediaan dokumen seperti yang ditetapkan.

Malah, ada yang membuat simulasi temuduga agar tampak lebih yakin dan tidak gugup sekiranya menghadapi temuduga yang sebenar.

Ada juga calon yang pergi dahulu ke tempat temuduga 2 hari sebelum agar tidak terlambat untuk hadir temuduga. Tetapi malang tidak berbau! Tiba-tiba dalam perjalanan, kenderaan yang dinaiki pula rosak. Apa yang calon perlu buat?

MENGAPA TEMUDUGA SANGAT PENTING?

Mengapa temuduga sangat penting diadakan untuk memilih calon? Tujuan utama temuduga dijalankan ialah:

  • Memilih calon yang benar-benar layak untuk tujuan organisasi berkenaan.
  • Dijalankan untuk mengenalpasti betul-betul calon yang akan dipilih itu sememangnya mempunyai kelayakan dari berbagai-bagai aspek (terutamanya yang tidak dapat dinilai melalui borang permohonan) seperti motivasi dan kesungguhan, minat, personaliti, keupayaan berfikir, pengalaman dan sebagainya

5 CARA PERLU BUAT JIKA TERLEPAS INTERVIEW

Jika dalam perjalanan tiba-tiba kenderaan rosak sehingga terlepas interview, apa yang anda perlu lakukan ialah:

1. Beritahu HR Atau Urusetia Temuduga Secepat Mungkin

  • Jangan beritahu sejam atau keesokkan harinya. Mengapa? Ini akan membuatkan imej anda buruk dimata bakal majikan sekiranya anda lambat memberitahu masalah anda kepada mereka.
  • Buat panggilan telefon kepada HR atau urusetia temuduga dan nyatakan masalah yang berlaku kepada anda dengan betul dan tepat. Jangan menipu ya!

2. Mohon Maaf

  • Buat permohonan maaf dengan nada yang lemah lembut dan penuh adab. Jangan tergesa-gesa atau cakap dengan laju. Cakap dengan tenang.
  • Kemudian nyatakan masalah anda dan sertakan bersama gambar sekiranya ada sebagai bukti.
  • Jangan lupa, sertakan bersama jalan penyelesaian sebagai salah satu usaha anda. Contohnya: Kereta rosak di tengah jalan dan tunggu rakan ambil dan hantar anda ke lokasi temuduga dalam tempoh 15 minit dari sekarang.

3. Reschedule

  • Elakkan daripada terus datang ke tempat temuduga sebaliknya minta untuk reschedule semula masa atau tarikh temuduga.
  • Sekiranya HR atau Urusetia temuduga menyatakan bahawa terdapat kekosongan pada masa dan hari yang sama, pastikan anda hadir sebelum waktu temuduga dijalankan.
  • Check semula penampilan anda dan duduk dengan tenang sehingga nama anda dipanggil.
  • Jika diberikan waktu dan tarikh yang baharu, cuba elakkan daripada berlakunya masalah yang sama lagi.

4. Emel Permohonan Maaf

  • Masalah yang datang adalah daripada pihak calon. Jadi, bertindaklah secara profesional agar HR memandang anda sebagai calon yang terbaik pernah mereka temui dan sesuai untuk menjawat jawatan yang ditawarkan.
  • Hantar emel permohonan maaf atas segala kesilapan yang berlaku dengan menyatakan nama anda, masa dan tarikh temuduga serta jawatan yang dipohon.
  • Ingat, jangan hantar Whatsapp mohon maaf di waktu malam pula. Nampak macam terdesak sangat pula.

5. Persiapan

  • Sekiranya temuduga dijalankan pada hari dan masa yang lain, buat persediaan yang secukupnya. Pastikan anda hadir lebih awal 15 hingga 30 minit sebelum temuduga dijalakan.
  • Berikan jawapan yang baik serta kukuh jika penemuduga bertanyakan soalan mengenai masalah yang berlaku pada anda. Jangan lupa, berikan cara mengatasi masalah tersebut juga ya!
  • Pastikan anda menjawab soalan sehingga menarik perhatian HR dan bakal majikan anda nanti. Tunjukkan segala kelebihan yang ada pada anda dan jawab setiap soalan dengan tenang.

Buat 5 Cara Ini  Kalau Terlepas Interview Kerana Kenderaan Rosak Ditengah Jalan

Dah dapat 5 cara yang perlu anda lakukan sekiranya terdapat masalah ketika dalam perjalanan untuk temuduga? Jangan lupa amalkan kalau anda sangat berminat untuk mendapatkan jawatan yang anda mohon.

Selain daripada itu, anda boleh dapatkan cara untuk jadualkan semula tarikh interview seperti disini. Jika benar-benar ada masalah dan tak nak terlepas peluang, mohon jadualkan semula temuduga anda seperti yang dikongsikan ini.

Jangan simpan info ini sorang-sorang tau! Hebahkan dengan kawan-kawan yang lain juga.

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.