5 Tip Ini Akan Membantu Anda Lebih Menonjol Berbanding Calon Temuduga Yang Lain

0 760

Seperti kita sedia maklum, setiap kali ada kekosongan jawatan yang ditawarkan pasti ada terlalu banyak permohonan walaupun syarikat tersebut hanya membuka 10 jawatan kekosongan sahaja. Disebabkan perkara ini berlaku, anda perlu lebih menonjolkan diri anda untuk dipilih menyandang jawatan yang ditawarkan. Anda pasti tidak mengetahui siapa yang akan menjadi persaingan anda dalam memohon jawatan tersebut.

Oleh itu, anda perlu mengetahui tentang bagaimana untuk menonjolkan diri anda berbanding calon yang memohon kerja yang lain.

Ikuti langkah ini untuk mendapatkan pekerjaan yang diingini dengan mudah.

TIPS MENONJOLKAN DIRI ANDA

Berikut dikongsikan tip-tip yang anda boleh gunakan untuk menonjolkan diri anda berbanding calon yang lain dalam mendapatkan pekerjaan.

1. Beri Tumpuan Pada Resume dan Cover Letter Anda

Resume dan cover letter adalah permulaan untuk anda memperkenalkan diri anda kepada bakal majikan. Anda perlulah menyediakan resume dan cover letter yang berbeza berbanding calon yang lain. Daripada resume dan cover letter anda, bakal majikan boleh mengetahui sama ada anda memberi sepenuh perhatian pada jawatan yang dipohon atau tidak.

Anda perlulah menjadi lebih kreatif dan berinovasi dalam menyediakan resume dan cover letter anda. Sebagai contoh, anda memohon pekerjaan dalam penerbitan buku, anda boleh mencipta resume anda seperti novel yang menarik. Kelainan ini akan menonjolkan diri anda dan menarik perhatian majikan.

2. Mencari Rangkaian Pekerjaan

Anda perlulah bertindak satu langkah ke hadapan berbanding calon lain. Perkara yang perlu anda lakukan adalah dengan mencari rangkaian mengenai pekerjaan yang telah ditawarkan walaupun anda tidak menyukainya. Anda perlulah bersikap terbuka dalam mencari peluang yang membantu anda mendapatkan pekerjaan. Rakan-rakan yang anda kenal mungkin dapat membantu anda mendapatkan pekerjaan.

Selain itu, anda juga boleh mengadakan hubungan dengan syarikat tersebut melalui laman sosial syarikat seperti Facebook dan Instagram. Anda boleh meninggalkan pandangan atau atau memberikan cadangan kepada syarikat tersebut supaya mereka menyedari kehadiran anda.

3. Jangan Beritahu Sahaja Tapi Cuba Buktikan

Sesetengah calon hanya mampu untuk bercakap untuk meyakinkan syarikat yang dipohon. Tetapi ketika anda bersaing untuk merebut jawatan dalam industri yang kompetitif, anda perlulah menunjukkan kemahiran anda kerana biasanya anda hanya mempunyai satu peluang untuk memberi kesan yang baik kepada majikan.

Sebagai contoh anda mempunyai kemahiran dalam Bahasa Mandarin, perkenalkan diri anda dalam bahasa Mandarin dan cuba berbual dengan mereka menggunakan bahasa tersebut.

5 Tip Ini Akan Membantu Anda Lebih Menonjol Berbanding Calon Temuduga Yang Lain

4. Ambil Tahu Dengan Perkembangan Teknologi

Dengan arus perkembangan teknologi pada masa kini, anda seharusnya tidak ketinggalan. Anda perlu mengambil tahu mengenai teknologi-teknologi terbaru sebagai persiapan anda sekiranya ditanya oleh majikan. Teknik dan pengetahuan anda mengenai teknologi mampu menarik minat bakal majikan anda untuk mengenali anda dengan lebih mendalam. Anda boleh menggunakan pengetahuan anda untuk dikaitkan ketika temuduga.

5. Tunjukkan Minat dan Bersemangat

Walaupun anda tidak memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh syarikat tetapi jika anda menunjukkan minat dan semangat ketika sesi temuduga dijalankan, anda mungkin mempunyai peluang besar untuk mendapat jawatan yang ditawarkan.

Anda perlulah membuat sedikit pencarian mengenai syarikat yang dimohon. Contohnya mengenai latar belakang syarikat, produk yang dikeluarkan dan kehendak pelanggan mereka. Dengan maklumat yang anda kumpulkan, anda boleh berkongsi beberapa idea penting dan pandangan anda untuk masa depan syarikat.

Semoga perkongsian ini akan membantu menonjolkan diri anda untuk memdapatkan pekerjaan yang dipohon. Anda juga sentiasa bersedia untuk menghadiri temuduga yang dijalankan.

Selamat Maju Jaya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.