53 Bantuan Perniagaan Menerusi Bajet 2022 Yang Beri Manfaat Untuk Usahawan & Peniaga Kecil

1,161

Menerusi pembentangan Bajet 2022, Menteri Kewangan juga turut mengumumkan bantuan kepada para usahawan dan peniaga kecil.

Bantuan kewangan kepada pada usahawan dan peniaga kecil akan diberikan pelbagai bantuan kewangan dalam bentuk pembiayaan serta moratorium yang memudahkan para peniaga.

Apakah antara 53 bentuk bantuan perniagaan kepada para usahawan dan peniaga kecil yang diumumkan semasa Bajet 2022 yang lepas? Semak sini ya!

INFO RINGKAS BANTUAN PERNIAGAAN BAJET 2022

Tahukah anda:

  • Pakej pembiayaan dengan nilai keseluruhan berjumlah 40 bilion ringgit disediakan di bawah Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia (atau SemarakNiaga). Skim pembiayaan ini merangkumi pinjaman langsung, jaminan pembiayaan dan suntikan ekuiti dengan sasaran untuk memanfaatkan setiap golongan usahawan tidak kira perusahaan mikro ataupun syarikat tersenarai awam.

53 SENARAI PEMBIAYAAN PERNIAGAAN KEPADA USAHAWAN & PENIAGA KECIL BAJET 2022

Sebenarnya terdapat 53 senarai pembiayaan perniagaan kepada usahawan dan peniaga kecil pada Bajet 2022 yang lepas.

Apakah 53 jenis pembiayaan kepada para peniaga dan usahawan yang diberikan nanti?

1. Skim Semarak PKS Keluarga Malaysia – Mikrokredit TEKUN

  • Skim Pembiayaan Informal dan Mikro di bawah TEKUN akan menawarkan pinjaman dengan keutamaan diberi kepada peniaga sektor informal dan mikro dengan terma pembiayaan berikut:

    a) Kadar pinjaman: 0%
    b) Kemudahan moratorium: Sehingga 6 bulan
    c) Saiz: Sehingga RM10,000
    d) Tempoh: Sehingga 5 tahun

2. Skim Semarak PKS Keluarga Malaysia – Mikrokredit BSN

  • Penawaran pinjaman mikro dengan terma pembiayaan berikut:

    a) Kadar pinjaman: 0% bagi 6 bulan pertama, 4% selanjutnya
    b) Kemudahan moratorium: Sehingga 6 bulan
    c) Saiz: Sehingga RM75,000
    d) Tempoh: Sehingga 5 tahun

3. Skim Semarak PKS Keluarga Malaysia – Mikrokredit AgroBank

  • Penawaran pinjaman mikro dengan terma pembiayaan berikut:

    a) Kadar pinjaman: 0% bagi 6 bulan pertama, 3% selanjutnya
    b) Kemudahan moratorium: Sehingga 6 bulan
    c) Saiz: Sehingga RM75,000
    d) Tempoh: Sehingga 5 tahun

4. SemarakNiaga- Pembiayaan Alternatif

  • Untuk memperkasakan pembiayaan alternatif melalui kaedah equity crowd funding dan peer-to-peer financing, secara geran padanan untuk Malaysia Co-Investment Fund (MyCIF), serta pelaburan oleh BPMB

5. Skim Geran Pendigitalan PKS

  • Jumlah dana bagi skim geran pendigitalan PKS telah dinaikkan kepada RM200 juta

6. Inisiatif Industri Kreatif

  • Untuk merancakkan semula aktiviti industri kreatif melalui:

    a) Dana Kandungan Digital
    b) Projek Kandungan Multimedia Digital
    c) Insentif Filem
    d) Program Perkasa Modal Insan

7. DanaNita

  • Dana pembiayaan melalui MARA untuk usahawan wanita bagi membantu usahawan wanita yang terkesan akibat COVID-19

8. RRIM Hydrobest

  • Penggunaan teknologi RRIM Hydrobest melaui geran padanan untuk memperkenal dan memperluas penggunaan teknologi RRIM Hydrobest kepada pekebun kecil melalui geran padanan bagi membantu meningkatkan taraf sosioekonomi pekebun kecil kategori B4

9. MyStartup Cradle Fund

  • MyStartup dilaksanakan secara berfasa untuk memberi manfaat kepada lebih 2,500 syarikat dan mewujudkan 5,000 peluang pekerjaan

10. TEKUNITA

  • Dana pembiayaan melalui TEKUN Nasional untuk usahawan wanita bagi membantu usahawan wanita yang terkesan akibat COVID-19

11. Insentif Penggajian JaminKerja

  • Usaha pengambilan pekerja melalui inisiatif insentif penggajian yang merangkumi kategori berikut:

    a)Pencari Kerja / Ganti Pekerja Asing: 20% bagi 6 bulan pertama dan 30% daripada gaji pekerja bagi 6 bulan terakhir
    b) Golongan Rentan / Wanita / Sektor ICT / Sektor Pelancongan: 30% bagi 6 bulan pertama dan 40% daripada gaji pekerja bagi 6 bulan terakhir
    c) Perantis: Elaun sebanyak RM900 sebulan bagi tempoh 6 bulan
    Pekerja Gig: Insentif bekerja di sektor gig berjumlah RM600 sebulan d) bagi tempoh 6 bulan

    Untuk memohon pekerjaan, terokai Portal MyFutureJobs

12. Program Latihan dan Peningkatan Kemahiran

  • Program membantu pencari kerja dengan menyediakan latihan kemahiran bertujuan meningkatkan kebolehpasaran dan menjamin penempatan pekerjaan

13. Skim Semarak PKS Keluarga Malaysia – Kemudahan Peralihan Kepada Rendah Karbon

  • Dana pembiayaan padanan “matching fund” bagi membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) meningkatkan amalan lestari dan rendah karbon

    a) Kadar pinjaman: Sehingga 5% setahun
    b) Saiz: Sehingga RM5 juta
    c) Tempoh: Sehingga 10 tahun

14. Malaysia Digital Nomad

  • Mewujudkan komuniti dan ekosistem nomad digital di Malaysia dengan menggunakan sektor pelancongan sebagai pemangkin

15. Shop Malaysia Online dan Go-eCommerce Onboarding

  • Bantuan kepada perusahaan sosial, halal, kraf tangan, pertanian dan usahawan tempatan untuk beralih kepada khidmat digital

16. Bantuan Khas Industri Pelancongan

  • Bantuan khas kepada pengusaha pelancongan yang berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk tempoh 3 bulan

17. Program Subsidi Upah Bersasar

  • Menyediakan RM600 bagi setiap pekerja, terhad kepada 500 pekerja, untuk 3 bulan

    a) Khusus kepada majikan dalam sektor pelancongan yang mengalami penurunan pendapatan sekurang-kurangnya 30%, supaya mereka dapat meneruskan operasi dan mengelakkan pekerja hilang pekerjaan serta punca pendapatan

18. Geran Padanan Berkaitan Seni dan Budaya

  • Pemberian geran padanan kepada syarikat yang menganjurkan program berkaitan seni dan budaya

19. Program Riuh! Keluarga Malaysia

  • Kerajaan akan menjayakan Program Riuh Keluarga Malaysia melalui dana padanan pinjaman pelaburan berjumlah RM20 juta. Langkah ini dijangka memberi 5 ribu peluang pekerjaan baharu

20. Skim Padanan Pinjaman Pelaburan

  • Bagi inisiatif Platform Animasi Negara yang akan dikendalikan oleh MyCreative Ventures

21. Skim Semarak PKS Keluarga Malaysia – Targeted Relief and Recovery Facility (TRRF)

  • Kemudahan pembiayaan yang diwujudkan oleh BNM untuk memberikan bantuan dan sokongan pemulihan kepada PKS yang terjejas

    a) Kadar pinjaman: Sehingga 3.5% setahun (termasuk fi jaminan)
    b) Kemudahan moratorium: Sekurang-kurangnya 6 bulan
    c) Saiz: Sehingga RM500,000
    d) Tempoh: Sehingga 7 tahun (termasuk tempoh moratorium)

22. Program Pembiayaan Skim SemarakNiaga – AgroFood Facility

  • Program pembiayaan sehingga RM 500 juta akan disediakan oleh BNM. Kemudahan ini bagi meningkatkan pengeluaran makanan untuk Malaysia dan dieksport dengan terma pembiayaan:

    a) Kadar pinjaman: Sehingga 3.75% setahun (termasuk fi jaminan)
    b) Saiz: Sehingga RM5 juta
    c) Tempoh: Sehingga 8 tahun

23. Program Pembiayaan Skim SemarakNiaga – Dana Pembiayaan Agromakanan

  • Program pembiayaan sehingga RM 200 juta akan disediakan oleh Agrobank untuk kemudahan mikro yang terjejas akibat pandemik COVID-19 dengan terma pembiayaan:

    a) Kadar pinjaman: 0% bagi 6 bulan pertama, 3% selanjutnya
    b) Kemudahan moratorium: Sehingga 6 bulan
    c) Saiz: Sehingga RM500,000
    d) Tempoh: Sehingga 8 tahun

24. Skim Semarak PKS Keluarga Malaysia – Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM)

  • Menawarkan pinjaman dengan keutamaan diberi kepada peniaga sektor informal dan mikro dengan terma pembiayaan:

    a) Kadar pinjaman: 0%
    b) Kemudahan moratorium: Sehingga 12 bulan
    c) Saiz: Sehingga RM10,000
    d) Tempoh: Sehingga 5 tahun (termasuk moratorium)

25.Skim Semarak PKS Keluarga Malaysia – Program i-Tekad

  • Program kewangan sosial yang menawarkan modal permulaan, kredit mikro dan latihan kemahiran kepada usahawan mikro

26. Skim Semarak PKS Keluarga Malaysia – Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI)

  • Menyediakan kemudahan pembiayaan mikro untuk memperkasa sosioekonomi komuniti India

27. Skim Semarak PKS Keluarga Malaysia – Penambahbaikan Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan

  • Untuk membantu syarikat mendapatkan pembiayaan baharu yang sebelum ini sukar diperolehi

    a) Peningkatan had jaminan pembiayaan perniagaan sehinga RM10 bilion sebagai tambahan kepada RM20 bilion yang telah diumumkan di bawah pakej PEMULIH
    b) Menjamin kemudahan pembiayaan yang dijadual dan distruktur semula sehingga 80% untuk tempoh 36 bulan, sehingga maksimum RM20 juta, termasuk ketika tempoh pemberian 12 bulan moratorium bayaran balik
    c) Menjamin kemudahan pembiayaan baharu sehingga 80%, termasuk ketika tempoh pemberian 12 bulan moratorium bayaran balik

28. Program MyKasih Kapital

  • Untuk menggalakkan wanita menjana pendapatan dari rumah. Merangkumi bantuan asas modal perniagaan, bimbingan serta latihan bagi menggalakkan perniagaan secara dalam talian

29. Pembiayaan Perniagaan Melalui Pelaburan Ekuiti dan quasi-equity

  • Kaedah pendanaan bernilai RM2.1 bilion melalui pelaburan ekuiti dan quasi-equityakan diperkenalkan oleh SME Bank dengan kerjasama TERAJU dan BSN

30. Skim RESET (Rehabilitation and Support Through Equity)

  • Disediakan di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) bagi membantu syarikat yang berdepan masalah gearing atau leveraj, kaedah pendanaan

31. Voluntary Carbon Market

  • Voluntary Carbon Market akan dilancarkan di bawah kendalian Bursa Malaysia

32. Business Recapitalisation Fund

  • Disediakan di bawah BNM bagi membantu syarikat yang berdepan masalah gearing atau leveraj dengan terma pembiayaan:

    a) Kadar pinjaman: sehingga 3.5% setahun (bagi pembiayaan kredit) + dividen (ditentukan oleh pembiaya ekuiti)
    b) Saiz: Sehingga RM5 juta
    c) Tempoh: Sehingga 10 tahun (Butiran akan dimuktamadkan kemudian)

33. Program Peningkatan Kapasiti dan Pembiayaan Perniagaan

  • Program peningkatan kapasiti dan pembiayaan perniagaan di bawah Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, TEKUN Nasional dan Dana Kemakmuran Bumiputera

34.Dana pembiayaan Pengusaha Fasiliti Sukan BSN

  • Bank Simpanan Nasional akan menyediakan dana pembiayaan dengan kadar faedah 0% untuk 6 bulan pertama dan moratorium untuk 6 bulan bagi pengusaha fasiliti sukan

35.  Pelan Pembiayaan Usahawan Belia BSN & Agrobank

  • Pelan pembiayaan Bank Simpanan Nasional dan Agrobank bagi belia yang menceburi bidang keusahawanan

36.Dana Bantuan Sementara Bas Henti-Henti

  • Dana bantuan untuk pengendali bas henti-henti

37. Dana Khas Pelaburan Strategik

  • Disediakan bagi menarik pelaburan asing strategik dalam kalangan syarikat multinasional, khususnya yang dapat melengkapkan rantaian nilai industri dan memacu penjanaan pekerjaan berteraskan pengetahuan dan peluang pembangunan PKS tempatan

38. Geran Padanan Aeroangkasa

  • Geran disediakan untuk syarikat PKS Bumiputera meneroka peluang perniagaan dalam bidang aeroangkasa

39. Geran Padanan Automasi Pintar

  • Geran untuk syarikat pembuatan dan perkhidmatan mengautomasikan proses pernigaan mereka

40. PMKS Halal

  • Pelaksanaan pelbagai program termasuk Penjenamaan Digital Produk Halal PMKS dan program Peningkatan Kebolehpasaran Produk Halal PMKS diperuntukkan kepada Halal Development Corporation

41. Industry4WRD

  • Galakan transformasi teknologi ke arah revolusi industri keempat dalam kalangan PKS serta syarikat tahap pertengahan bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan

42. Jalinan GLC: Memperkasa PMKS

  • Bantuan kepada usahawan melalui inisiatif seperti khidmat nasihat dan sokongan kewangan dengan dana kolektif bernilai RM5 bilion

43. Program Latihan dan Bimbingan Perniagaan dan Skim Pembiayaan Mudah Francais

  • PERNAS menyediakan program latihan dan bimbingan perniagaan dan skim pembiayaan mudah 0% selama 6 bulan pertama beserta moratorium kepada yang berminat menjadi usahawan francais

44. Program Galakan Usahawan Tekno PKS

  • Program Galakan Usahawan Tekno PKS bagi meningkatkan hasil pengeluaran tanaman dan pemprosesan makanan melalui aplikasi teknologi

45. Hab Inovasi: Revolusi Industri Keempat

  • Pelaksanaan Hab Inovasi:

    a) Revolusi Industri Keempat di bawah Taman Teknologi Malaysia
    b) Hab Inovasi ini merupakan pusat sehenti untuk ekosistem inovasi dengan pembangunan kluster teknologi baharu

46. Projek-Projek Berskala Kecil Perolehan Kerajaan Belia Bumiputera

  • Mengalakkan penyertaan belia Bumiputera dalam melaksanakan projek-projek berskala kecil perolehan Kerajaan

47. Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia, Program Jualan Malaysia, dan Program Khazanah Alam Industri Jualan Langsung

  • Kempen beli barangan buatan Malaysia, program jualan Malaysia, dan Program Khazanah Alam Industri Jualan Langsung dengan peruntukan bagi menyokong produk hasil tangan tempatan dan produk khazanah alam

48. Projek Kecil Kontraktor G1 ke G4

  • Pelaksanakan projek-projek kecil dan sederhana dikhususkan kepada kontraktor kelas G1 – G4 di seluruh negara.
  • Peruntukan ini antaranya melibatkan:

    a) Projek selenggara jalan
    b) Baik pulih infrastruktur dan peralatan usang universiti awam, politeknik dan kolej komuniti
    c) Projek-projek lain melibatkan ameniti sosial di luar bandar

49. Geran Padanan bagi Pembaikan Hotel Bajet Dan Inap Desa

  • Geran padanan bagi hotel bajet yang berdaftar di bawah MOTAC serta geran pembaikan kepada pemilik inap desa berdaftar

50. Dana Galakkan Aktiviti Promosi serta Pelancongan Domestik

  • Dana galakkan bagi tujuan aktiviti promosi serta galakkan pelancongan domestik

51. Pembiayaan Khusus bagi Sektor Pelancongan

  • Pembiayaan khusus bagi sektor pelancongan di bawah PENJANA Tourism Financing oleh Bank Negara Malaysia dan BPMB Rehabilitation Scheme oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad

52. Penyelenggaran Kemudahan & Infrastruktur Pelancongan

  • Penyelenggaran kemudahan & infrastruktur pelancongan termasuk Bangunan Sultan Abdul Samad, Carcosa Seri Negara serta tapak bersejarah seperti Lembah Bujang di Kedah dan Lombong Sungai Lembing di Pahang

53. Skim Perlindungan Sosial PERKESO kepada Kumpulan Kreatif

  • Perluasan perlindungan kepada golongan artis

Wah! Banyak betul bantuan kepada peniaga dan usahawan kecil pada Bajet 2022 kali ini.

Diharap, semua bantuan pembiayaan yang diberikan membantu para peniaga untuk bangkit semula dari kejatuhan akibat pandemik Covid-19 sebelum ini.

Baca juga: Intipati Bajet 2022. 3 Matlamat Utama Jayakan Tema Keluarga Malaysia, BKM Sehingga RM2,000

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.