Info Lengkap Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)

0 1,453

Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh telahpun dibuka bagi pelajar yang menduduki ujian UPSR dan PT3 pada tahun 2020. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan satu kaedah bagi pelajar yang berminat untuk menyambung pelajaran di Sekolah Khusus yang telah ditetapkan KPM.

Kaedah yang dimaksudkan adalah Pentaksiran Kemasukkan Sekolah Khusus (PKSK).

MAKSUD PENTAKSIRAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS (PKSK)

PKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus bagi tahun 2021 secara dalam talian yang menggunakan kaedah platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

Antara sekolah khusus yang terlibat adalah seperti berikut:

  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  • Sekolah Menengah Teknik(SMT)
  • Kolej Vokasional (KV)
  • Maktab Tentera Diraja (MTD)

KOMPONEN PKSK

PKSK terbahagi kepada 3 komponen iaitu:
Bahagian A : Kecerdasan Insaniah (EQ, SQ dan SSQ) – 20%
Bahagian B : Kecerdasan Intelek (IQ, Pengetahuan Am dan Penyelesaian Masalah) -70%
Bahagian C : Artikulasi Penulisan – 10%

CARA PKSK DILAKSANAKAN

Untuk pengetahuan anda, ujian PKSK dilaksanakan dalam 2 fasa iaitu:

  • Fasa 1

    • Calon Tingkatan 1 dikehendaki menjawab Bahagian C iaitu penulisan esei
      sekurang-kurangnya 100 patah perkataan dalam tempoh 45 minit.
    • Calon Tingkat 4 dikehendaki menjawab Bahagian C iaitu penulisan esei sekurang-kurangnya 250 patah perkataan berdasarkan tajuk yang diberikan.
  • Fasa 2

    • Calon perlu menjawab soalan Bahagian A dan B secara dalam talian dalam masa 90 minit bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

Calon hanya perlu menduduki satu sesi PKSK sahaja mengikut tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan sahaja.

SEMAKAN STATUS PKSK

Semakan status kelayakan untuk menduduki PKSK boleh dilakukan di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) www.moe.gov.my pada 07 hingga 23 Oktober 2020 bagi Tingkatan 1 (Satu) dan pada 12 Oktober hingga 06 Nov 2020 bagi Tingkatan 4 (Empat).

PERSEDIAAN MENDUDUKI PKSK

Antara persediaan yang boleh dilakukan oleh calon yang telah membuat permohonan adalah seperti berikut:

  • Membuat semakan pusat untuk menduduki PKSK di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) www.moe.gov.my pada 07 hingga 23 Oktober 2020 bagi Tingkatan 1 (Satu) dan pada 12 Oktober hingga 06 Nov 2020 bagi Tingkatan 4 (Empat).
  • Mencetak slip pendaftaran PKSK di laman sesawang tersebut untuk dibawa bersama-sama ke Pusat PKSK
  • Membawa kad pengenalan ke Pusat PKSK
  • Membawa peralatan tulis
  • Memakai pakaian seragam sekolah ketika menduduki PKSK
  • Memastikan diri sihat dan tidak bergejala Covid-19
  • Bawa dan sentiasa memakai pelindung muka (face shield) mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  • Amalkan penjarakan fizikal

Diharapkan calon yang mengemukakan permohonan membuat persediaan yang rapi dan lengkap semasa menghadiri ujian pentaksiran sekolah khusus PKSK. Bagi calon yang mempunyai masalah jarak antara rumah dengan tempat pusat ujian PKSk yang terlalu jauh anda perlu berhubung dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk tindakan selanjutnya.

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.