Permohonan Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 2021

0 996

Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuka permohonan kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi tahun 2021. Pelajar yang menduduki peperiksaan UPSR dan PT3 pada tahun 2020 boleh mengemukakan permohonan.

Sekolah Berasrama Penuh (SBP) merupakan kumpulan sekolah menengah perdana dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR dan PT3.  Keunikan SBP adalah sekolah berasrama penuh waktu belajar telah diatur oleh pihak sekolah dan setiap pelajar perlu mematuhi jadual tersebut. Inilah satu keunikan kehidupan sekolah berasrama penuh dibandingkan dengan kehidupan pelajar di sekolah harian biasa.

Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) ini.

TEMPOH PERMOHONAN

Tempoh permohonan bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ini dibuka daripada 7 September 2020 sehingga 2 Oktober 2020.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan bagi mengemukakan permohonan ke SBP bagi tahun 2021:

  • Murid mestilah warganegara Malaysia.
  • Didaftarkan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
  • Murid cemerlang akademik.
  • Murid aktif dalam kokurikulum.
  • Pelajar perlu menduduki ujian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)
  • Pelajar yang tidak menduduki ujian PKSK tidak akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke SBP.

PENTAKSIRAN KEMASUKAN KHUSUS SEKOLAH (PKSK)

PKSK adalah satu mekanisme saringan yang dilaksanakan kepada semua murid yang berjaya memohon sebagai salah satu syarat kemasukan ke SBP Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan 4 (Empat). PKSK akan dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan. Tiada ulangan akan dilaksanakan sekiranya pemohon gagal untuk menduduki ujian tersebut.

TARIKH SEMAKAN PKSK

Semua murid yang telah membuat permohonan boleh menyemak tarikh,
masa dan pusat PKSK yang ditetapkan melalui laman sesawang pada 07-23 Oktober 2020 bagi Tingkatan 1 (Satu) dan pada 12 Oktober – 06 November 2020 bagi Tingkatan 4 (Empat).

PAKEJ MATA PELAJARAN YANG DITAWARKAN DI SBP

Berikut adalah matapelajaran yang ditawarkan di SBP:

pakej matapelajaran sbp

CARA MEMOHON

Bagi calon yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan boleh membuat permohonan di pautan bawah sebelum 2 Oktober 2020:

Calon dinasihatkan untuk membuat permohonan bersama ibu bapa. Untuk panduan mengisi borang permohonan ibu bapa boleh ke pautan berikut:

Sekiranya terdapat sebarang kesalahan pada permohonan, pemohon masih boleh mengemaskini permohonan sehingga tarikh akhir tutup permohonan. Tiada had dalam proses kemaskini. Hanya cetakan terakhir pemohon yang diperakukan secara atas talian sebelum tarikh tutup permohonan akan dipertimbangkan sebagai permohonan yang sah.

Baca juga: Info Lengkap Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)

Leave A Reply

Your email address will not be published.