Permohonan Bantuan Sihat Selangor Secara Online Sehingga 30 September 2020

0 520

Bantuan Sihat Selangor telah diperkenalakan untuk membantu rakyat negeri selangor yang memerlukan bantuan rawatan kesihatan. Permohonan rawatan ini ditawarkan kepada individu yang berpendapatan rendah dan memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

Ia menawarkan permohonan rawatan seperti pembedahan kecil, kaki palsu, dialisis buah pinggang, katarak mata dan lain-lain yang boleh dipertimbangkan

Berikut dikongsikan dengan lebih mendalam mengenai Bantuan Sihat Selangor oleh Kerajaan Negeri Selangor.

MAKLUMAT PERMOHONAN

Berikut merupakan maklumat-maklumat Bantuan Sihat Selangor:

  • Bantuan rawatan kesihatan untuk rakyat Selangor yang berpendapatan rendah
  • Permohonan rawatan ialah pembedahan kecil, dialisis buah pinggang, katarak mata, kaki palsu dan lain-lain yang boleh dipertimbangkan.
  • Bayaran secara terus ke hospital atau pembekal peralatan kesihatan.

SYARAT KELAYAKAN

Antara syarat kelayakan untuk membuat permohonan Bantuan Sihat Selangor adalah:

  • Rakyat Negeri Selangor, atau
  • Bermastautin di Negeri Selangor melebihi 10 tahun dengan pengesahan daripada Ahli Parlimen/ADUN/Penghulu/Ketua Kampung/JKKK Kampung/Ketua Penduduk/Ketua Komuniti
  • Pendapatan isi rumah RM3,000.00 ke bawah
  • Salinan surat kelulusan Bantuan Sara Hidup (BSH) dari KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA atau MAKLUMAT PENDAFTARAN E-KASIH perlu dikemukakan.
  • Keutamaan kepada pemohon yang tidak menerima sebarang bantuan daripada mana-mana pihak.
  • Keutamaan kepada pemohon yang mempunyai tanggungan ramai, ketua keluarga meninggal, ahli keluarga yang sakit atau golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
  • Pemohon yang mendapat kelulusan PEKA B40 tidak akan dipertimbangkan.
  • TUNTUTAN BAYARAN dan TUNGGAKAN ke atas sesuatu bil rawatan yang telah dibayar tidak dipertimbangkan.

JENIS BANTUAN DITAWARKAN

Berikut adalah jenis bantuan yang ditawarkan dalam Bantuan Sihat Selangor yang hanya dijalankan di hospital kerajaan:

CARA PERMOHONAN

Bagi individu yang layak dan memenuhi syarat kelayakan anda boleh mengemukakan permohonan secara atas talian di pautan di bawah dan mencetak borang yang telah diisi dengan lengkap sebelum atau pada 30 September 2020:

Permohonan yang lengkap dan telah dicetak perlulah dihantar di alamat Tingkat 4,Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan (UPEN), Bangunan SSAAS sebelum 30 Oktober  2020. Permohonan yang tidak lengkap dan tiada pengesahan akan ditolak.

Untuk makluman anda, tuntutan bayaran Bantuan Sihat Selangor tahun 2020 perlu dikemukakan sebelum 30 November 2020. Tuntutan bayaran selepas 30 November 2020 tidak akan diproses dan akan dibatalkan permohonan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Bantuan Sihat Selangor ini, anda emelkan pertanyaan anda ke [email protected] atau boleh terus menghubungi nombor di talian 03-5544 7453 / 7628.

Leave A Reply

Your email address will not be published.