Cara Mohon Bantuan PerantiSiswa Keluarga Malaysia (Tablet Percuma Untuk Pelajar IPT B40)

1,980

Tahu tak, golongan pelajar Institut Pengajian Tinggi juga tidak dilupakan dalam Bajet 2022!

Ini dapat dilihat ketika pembentangan Bajet 2022 oleh Menteri Kewangan baru-baru ini dimana para pelajar IPT akan diberikan bantuan tablet secara percuma melalui Bantuan PerantiSiswa.

Bagaimanakah caranya untuk memohon bantuan tablet percuma dari Bantuan PerantiSiswa Keluarga Malaysia 2022 nanti?

INFO BANTUAN PERANTISISWA KELUARGA MALAYSIA

Pelajar IPT ini diwujudkan untuk:

  • Membantu pelajar IPT menajalankan aktiviti pembelajaran dalam talian, melayari internet tujuan penyelidikan dan penghantaran mesej kepada keluarga dan rakan-rakan.
  • Memastikan kebolehcapaian digital yang lebih baik untuk Keluarga Malaysia, yang mana pelajar IPT adalah peneraju masa depan negara.
  • Memastikan seua pelajar IPT dari keluarga B40 boleh memiliki peranti dan akses internet untuk menjalani pembelajaran yang lebih mampan.

Cara Mohon Bantuan PerantiSiswa Keluarga Malaysia (Tablet Percuma Untuk Pelajar IPT B40)

Baca juga: [e-Start] RM150 One-Off Dikreditkan Ke Akaun E-Wallet Belia

TARIKH PENDAFTARAN & PERMOHONAN

Para pelajar boleh membuat permohonan pada suku kedua 2022 iaitu pada:

  • April hingga Jun 2022
Nota: Sebarang pindaan dan makluman tarikh pendaftaran dan permohonan Bantuan PerantiSiswa akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

6 SYARIKAT TELEKOMUNIKASI TERLIBAT BANTUAN PERANTISISWA KELUARGA MALAYSIA

Terdapat 6 syarikat telekomunikasi yang terlibat dengan Bantuan PerantiSiswa Keluarga Malaysia 2022 adalah seperti berikut:

  1. YTL Communications Sdn Bhd (YES)
  2. Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi)
  3. Telekom Malaysia Berhad (TM)
  4. Celcom Axiata Berhad (Celcom)
  5. U Mobile Sdn Bhd (U Mobile)
  6. Maxis Berhad (Maxis)

Nampaknya, syarikat telekomunikasi yang pernah terlibat dengan program yang hampir sama masih lagi bersama-sama dengan pihak kerajaan untuk menjayakan Bantuan PerantiSiswa Keluarga Malaysia pada tahun hadapan.

JENIS BANTUAN PERANTISISWA KELUARGA MALAYSIA

Pelajar IPT dari golongan B40 akan menerima Bantuan PerantiSiswa Keluarga Malaysia seperti berikut:

  • Peranti tablet percuma
  • Data jalur lebar mudah alih

SYARAT KELAYAKAN

Apakah syarat kelayakan bagi pelajar IPT untuk mendapatkan tablet percuma melalui Bantuan PerantiSiswa Keluarga Malaysia ialah:

  • Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang belajar sepenuh masa yang merupakan keluarga golongan B40.

CARA MOHON BANTUAN PERANTISISWA KELUARGA MALAYSIA

Sebarang permohonan Bantuan PerantiSiswa Keluarga Malaysia 2022  akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Baca juga: RM100 Insentif Khas Untuk Guru & Tablet Percuma Untuk Pelajar IPT B40

KENYATAAN MEDIA

Anda juga boleh rujuk kenyataan media yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia seperti dikongsikan ini.

Cara Mohon Bantuan PerantiSiswa Keluarga Malaysia (Tablet Percuma Untuk Pelajar IPT B40)

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Bantuan PerantiSiswa Keluarga Malaysia, sila dapatkan di:

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.