“Berapa Gaji Awak Dahulu?” Jangan Menipu, Jawab Dengan Jujur Tau!

771

Ada beberapa soalan yang perlu calon jawab dengan jujur dan berikan contoh yang betul ketika menjawab soalan yang diajukan oleh penemuduga.

Lagi satu diingatkan kepada anda, tolong jangan menipu ketika menjawab soalan yang diajukan oleh penemuduga seperti, “Berapa gaji awak dahulu?”

Kalau tak boleh menipu, macam mana pula nak jawab?

CARA JAWAB “BERAPA GAJI AWAK DAHULU?”

Nak tahu tak, soalan “Berapa gaji awak dahulu?” sebenarnya adalah merupakan salah satu soalan yang agak sensitif bagi calon.

Tetapi calon diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan dengan soalan tersebut dengan penemuduga bahawa anda menerima gaji yang tinggi daripada yang ditawarkan oleh syarikat terkini.

Mengapa? Ini kerana bakal majikan boleh membuat semakan gaji anda yang terdahulu melalui KWSP dan SOCSO sahaja.

Jadi, apa yang perlu dijawab apabila menerima soalan “Berapa gaji awak dahulu?”

Untuk menjawab soalan ini, anda perlu:

  • Ceritakan segala kemahiran yang ada pada anda serta contoh.
  • Jangan lupa sertakan bersama pencapaian yang anda perolehi semasa berada di syarikat yang terdahulu.
  • Kemudian, nyatakan sijil pengiktirafan serta sijil ikhtisas kemahiran anda. Ia menunjukkan bahawa kemahiran anda diiktiraf dan menjadi rebutan oleh syarikat.

Secara tidak langsung ia akan meraih kepercayaan kepada bakal majikan untuk menawarkan gaji yang lebih besar daripada syarikat lama anda.

Apa yang penting disini, jangan sesekali menipu gaji kepada bakal majikan anda! Jujur itu kan lebih baik!

3 CARA RUNDING GAJI DENGAN MAJIKAN SEMASA TEMUDUGA

Kadang kala bakal majikan membuat rundingan mengenai gaji dengan majikan semasa temuduga.

Tetapi, agak kecewa apabila gaji yang ditawarkan tidak seperti yang diharapkan dan tidak sesuai dengan kemahiran dan pengalaman yang ada pada anda.

Nanti dulu, buat 3 cara ini ketika membuat rundingan dengan bakal majikan anda semasa temuduga nanti.

3 cara tersebut ialah:

1. TANYA SKOP KERJA

  • Tanya pada bakal majikan anda apakah skop kerja anda dengan gaji yang ditawarkan.
  • Kalau skop kerja luar bidang? Terpulang pada anda nak terim atau tidak. Tetapi anda boleh ambil peluang untuk belajar ilmu dan kemahiran baru dan boleh upgrade skill anda tau!

2. AMBIL TAHU KELEBIHAN 

  • Sebagai pekerja, anda boleh ambil tahu apakah kelebihan yang anda perolehi sekiranya bekerja di syarikat tersebut dengan gaji yang ditawarkan.
  • Kalau ada elaun, bayaran kerja lebih masa dan sebagainya serta tiada pada syarikat yang terdahulu, ini adalah satu kelebihan yang sangat baik buat anda!

3. SUMBANGAN

  • Ceritakan apakah sumbangan anda pada syarikat dengan skill yang ada pada anda sekiranya diberikan gaji yang lebih tinggi daripada syarikat yang terdahulu.
  • Jelaskan juga apakah matlamat yang ingin anda capai bersama-sama syarikat. Barulah bakal majikan sejuk hati nak berikan gaji lebih kepada anda.
  • Upgradekan diri anda kalau nak dapatkan gaji lebih. Boleh belajar kemahiran baru secara online dan tunjukkan sijil-sijil anda kepada HR. Mana tahu, betul-betul dapat gaji lebih besar.

Pastikan anda siapakan resume dengan baik sebelum mohon kerja! Buat resume mengikut jawatan yang dipohon dan penemuduga nasihatkan untuk siapkan resume Classic kerana lebih lengkap dan senang dibaca.

Kalau penemuduga tanya soalan sensitif, macam mana pula nak jawab? Ini tips yang boleh anda amalkan semasa temuduga nanti.

"Berapa Gaji Awak Dahulu?" Jangan Menipu, Jawab Dengan Jujur Tau!

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.