Cara Guna & Tukar Duit Melalui MyPay. Semua Pembayaran Dalam Satu Aplikasi Je!

620

Betul la! Teknologi terkini jika digunakan dengan betul, ia memberikan manfaat buat kita.

Salah satu teknologi yang memberi manfaat buat rakyat Malaysia khususnya Perkhidmatan Agensi Kerajaan seperti pembayaraan bil elektrik, bil air dan sebagainya.

Macam mana nak guna aplikasi MyPay ni?

APA ITU APLIKASI MYPAY?

Aplikasi MyPay merupakan satu platform perkhidmatan digital yang dibangunkan oleh syarikat Dapat Vista Sdn Bhd dan dilancarkan pada tahun 2019 oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Ia boleh dimuat turn melalui Google Play dan Apple App Store menerusi handphone anda.

Kemudian, semua pembayaran untuk Perkhidmatan Agensi Kerajaan terus boleh dilakukan menerusi aplikasi MyPay sahaja.

Baca juga: Tahu Tak? Kad Touch ‘N Go Luput Selepas 10 Tahun & Ini Cara Refund Baki

JENIS PERKHIDMATAN MYPAY

Jenis-jenis perkhidmatan MyPay yang disediakan kepada orang ramai ialah:

  1. Menyemak baki pinjaman.
  2. Membuat bayaran untuk pinjaman.
  3. Mendapat maklumat terkini saman trafik dan cukai tertunggak.
  4. Memperbaharui lesen memandu.
  5. Bayaran zakat.
  6. Pembayaran cukai taksiran.
  7. Memohon pembiayaan bagi penjawat awam.

CARA GUNA APLIKASI MYPAY

Sebelum menggunakan aplikasi MyPay, download dahulu melalui pautan ini:

Cara Guna & Tukar Duit Melalui MyPay. Semua Pembayaran Dalam Satu Aplikasi Je!

  • Kemudian klik Daftar dan isikan maklumat yang diperlukan.
  • Seterusnya muat naik gambar kad pengenalan/MyKad anda serta swafoto.
  • Dah siap! Selamat mencuba.

Selain membuat pembayaran, anda juga boleh membuat pertukaran wang syiling seperti berikut:

  • Set appointment.
  • Datang ke lokasi pilihan dengan duit syiling.
  • Duit akan dimasukkan ke akaun bank dalam masa 3 hari bekerja.

Free sahaja! Tiada bayaran dikenakan.

Baca juga: Beli Tiket Bas & Feri Guna Aplikasi Grab Sahaja! Tak Perlu Dah Pergi Ke Kaunter

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut mengenai apliksi MyPay, sila dapatkan di:

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.