Dana Kreatif Perak Sehingga RM10,000 Untuk Penggiat Seni Di Perak. Mohon Segera

274

Penggiat Seni Kreatif Perak yang memerlukan bantuan seni untuk perkembangan penggiat seni masing-masing, boleh memohon Dana Kreatif Perak.

Jumlah bantuan yang akan diberikan melalui Dana Kreatif Perak adalah sehingga RM10,000 sekiranya layak.

Siapakah yang boleh memohon Dana Kreatif Perak ini? Bagaimanakah caranya untuk memohon Dana Kreatif Perak?

TARIKH AKHIR PERMOHONAN

Semua penggiat seni kreatif di negeri Perak perlu membuat permohonan sebelum tarikh tutup pada:

  • 26 Disember 2021

Baca juga: Cara Mohon & Daftar e-Start RM150 Kredit Melalui e-Dompet Belia

APA ITU DANA KREATIF PERAK?

Dana Kreatif Perak adalah:

  • Skim bantuan seni yang sistematik dengan memberi keutamaan kepada para pengkarya dan golongan usahawan bidang seni kreatif kelahiran perak.
  • Bertujuan untuk membantu menyokong pergerakan dan perkembangan penggiat seni.
  • Meluaskan penciptaan karya dalam bidang seni dan kreativiti.
  • Meringankan bebanan kos para penggiat seni untuk menyertai pameran, pementasan, konsert, bengkel dan forum di dalam dan di luar negara.
  • Membantu menaikkan nama negeri Perak di peringkat nasional, serantau mahupun antarabangsa.

KATEGORI DANA

Terdapat 3 jenis kategori dana yang disalurkan kepada penggiat seni Perak iaitu:

1. Seni Visual

  • Seni Halus, Seni Fotografi, Seni Mural/Graffiti, Fesyen Kartun/Komik,Seni Video, Filem Pendek, Kraftangan dan Seramik.

2. Seni Persembahan

  • Tarian, Teater, Puisidra, Monolog, Drama, Mime dan Puppetry

3. Seni Muzik

  • Eksperimental, Independen, Bross Band, Nasyid dan Buskers

JUMLAH BANTUAN

Jika penggiat seni kreatif Perak berjaya dalam permohonan Dana Kreatif Perak, anda akan memperolehi bantuan berjumlah:

  • RM2,000 – RM10,000

SYARAT KELAYAKAN DANA KREATIF PERAK

Apakah syarat kelayakan untuk memohon Dana Kreatif Perak?

Semak syarat kelayakannya disini:

  • Keutamaan kepada anak-anak seni kelahiran Perak termasuk yang mempunyai bapa kelahiran Perak.
  • Para penggiat seni yang buka kelahiran Perak tetapi sudah bermaustatin di Perak selama lebih daripada 5 tahun layak memohon.
  • Had umur pemohon adalah 18 hingga 50 tahun.
  • Keutamaan diberikan kepada proposal yang khusus memberi manfaat dan impak kepada kolektif, kumpulan mahupun persatuan ataupun kepada khalayak awam secara amnya.
  • Pemohon mesti mengemukakan portfolio atau CV lengkap untuk membuktikan penglibatan di dalam bidang seni dan kreatif selama lebih dari 3 tahun.
  • Setiap proposal mestilah di dalam Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris sahaja.
  • Logo Dana Kreatif [email protected] beserta Logo PORT wajib dipaparkan di dalam semua bentuk cetakan dan promosi projek.
  • Setiap proposal akan dinilai oleh Jawatankuasa Panel Penasihat yang dilantik khas. Sebarang keputusan adalah muktamad.

CARA MOHON

Sediakan proposal yang lengkap, kemudian:

Atau hantarkan ke alamat berikut:

PORT (Kampung Karyawan Amanjaya)
Kampung Karyawan Amanjaya Sdn Bhd
No.9, Jalan Sultan Azlan Shah,
31400 Ipoh, Perak

U/P: Cik Dayana Khalid

3 PERINGKAT PEMBIAYAAN

Bantuan pembiayaan Dana Kreatif [email protected] akan diberikan secara berperingkat iaitu:

  • 40%: Selepas menandatangai kontrak
  • 40%: Selepas laporan perkembangan gerak kerja dihantar ke PORT dan diluluskan
  • 20%: Selepas laporan akhir dan bahan dokumentasi (foto dan video) program diserahkan kepada PORT

Dana Kreatif Perak Sehingga RM10,000 Untuk Penggiat Seni Di Perak. Mohon Segera

Baca juga: RM3,000 Bantuan Musaadah Tijariyyah 2.0 MAIWP. Muat Turun Borang & Mohon

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Dana Kreatif Perak sila hubungi Cik Dayana Khalid di talian berikut:

  • Telefon: 05-241 2287
  • Fax: 05-241 2394

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.