Bila Tarikh Bayaran Pencen Bagi Tahun 2022? Ini Jadual Bulanan Untuk Rujukan Anda. Jangan Lupa Download!

746

Ibu bapa anda pesara kerajaan? Jika ya, dapatkan jadual penuh bayaran pencen bagi tahun 2022 untuk rujukan ibu bapa anda disini.

Anda boleh terus download jadual yang dikongsikan ini kerana ia lengkap dengan catatan untuk rujukan anda.

Malah, anda juga boleh download aplikasi MyPesara untuk membuat semakan pencen secara online. Senang ibu bapa anda nak semak pencen mereka!

SKIM KEILATAN DINAIKKAN

Untuk pengetahuan anda juga, Kerajaan bercadang untuk meningkatkan kadar pencen minimum di bawah Skim Keilatan daripada RM475 kepada RM550 yang melibatkan 56,000 isi rumah mulai tahun 2022.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, selain itu, inisiatif lain yang juga dicadangkan ialah penyelarasan faedah-faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada kos sara hidup yang dijangka akan memanfaatkan lebih 400,000 penerima faedah sedia ada.

Dengan peningkatan ini, beliau berkata, kerajaan juga bercadang meningkatkan siling gaji yang diinsuranskan daripada RM4,000 kepada RM5,000 untuk menambah baik liputan keselamatan sosial bagi sembilan juta pekerja yang dilindungi oleh Perkeso.

JADUAL PENCEN BULANAN TAHUN 2022

Rujuk jadual bulanan pencen pesara kerajaan bagi tahun 2022 di sini dan download untuk memudahkan ibu bapa anda.

Bila Tarikh Bayaran Pencen Bagi Tahun 2022? Ini Jadual Bulanan Untuk Rujukan Anda. Jangan Lupa Download!

Nampaknya bayaran pencen bagi tahun 2022 kebanyakannya bermula 21hb ke atas dan diawalkan sempena perayaan.

Tahu tak? Sebenanrnya pesara kerajaan boleh membuat tuntutan perjalanan ke hospital dengan tujuan rawatan? Kalau belum tahu, klik sini dan dapatkan info yang berkaitan.

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.